BAKAR-BAKAR STEAMBOAT&GRILL BANDAR BARU UDA,JOHOR BAHRU

Assalammualaikum..

Sebelum ini Ida pernah ceritakan tentang tempat-tempat menarik yang Ida pergi semasa bercuti di Melaka. Kebetulan masa nak balik ke Kemaman, suami cadangkan nak pergi Johor pula jumpa ibu dan sepupu dia kat sana. Lagipun masa perjalanan dari Melaka ke Johor dalam 1-2 jam dah sampai. Jadi bertolak la kami ke Johor Bahru.

Sampai sana, kami tidur di rumah ibu Ida di Kangkar Pulai, Johor. Ibu pula takda di rumah sebab berkerja nasib baik ibu bagitahu ada tinggalkan kunci. Yelah nak pergi sana tanpa perancangan, last minute katakan. Sebab kitorang hanya tidur semalaman je, so bagitahu ibu pergi makan-makan dekat luar dengan bapa sedara ida sekali.




Lepas magrib kitorang keluar, bapa sedara suruh pergi area Plaza Angsana ada sebuah kedai steamboat dan jumpa la kami dengan Bakar Bakar Steamboat & Grill. Dekat dengan Plaza Angsana, nampak kedai Jakel korang cari la kedai-kedai area tu mesti jumpa yang ramai orang. 



dah berapa kali dok ulang pergi ambil nak makan, suami suka grill. Membedal la die je.hehehhe



ini la ibu Ida dan pak busu 



Ada ruangan makan di luar dan dalam. Malah dekat atas pun ada. Suasana kedai yang sangat selesa, siap ada tempat band menyanyi lagi dekat luar. Sup yang dihidangkan untuk steamboat sedap dan pedas. Suka!!

Sesiapa yang rasa nak makan steamboat, Ida sangat-sangat rekemen Bakar-bakar Steamboat&Grill. Harga pun berbaloi RM35 dewasa dan RM15 kanak-kanak. Actually masa makan sana ada jumpe dengan Abam Bocey tapi malu nak bergambar.hahahha. Ini Ida sertakan alamat untuk memudahkan korang mencari.

SELAMAT MAKAN-MAKAN!

BAKAR-BAKAR STEAMBOAT&GRILL

No.1 , 1-01 Jalan Padi Emas
1/5 Uda Business Centre ,
Bandar Bahru Uda 81200 Johor Bahru

Tel: 017-784 2210

Post a Comment

0 Comments