ASAM PEDAS RESTORAN LOT 85 DI MELAKA

Assalammualaikum..

Entry Ida sebelum ni ada ceritakan pengalaman Ida bercuti di Melaka. Masa kat Melaka Ida nak sangat makan asam pedas kat sana tapi bila en suami tanya kebanyakkan bangsa cina yang ambil populasi perniagaan kat sana. Agak susah nak cari masakan melayu ni.

Masa perjalanan nak balik, pusing-pusing nak cari kedai makan untuk makan tengahari. Terjumpa sebuah kedai makan melayu, tengok ramai kat sana. Tengok pada signboard ada jual asam pedas. Apa lagi berhenti la kami makan di Restoran Lot 85.





Restoran Lot Lapan Lima(85) ni terletak bersebelahan dengan car wash. Sederet dengan Maktab Perempuan di Jalan Durian Daun, Melaka. Makanan yang disediakan memang sangat-sangat berpuas hati, banyak pilihan, Ida apa lagi makan asam pedas la tambah dengan pajeri nenas dan sedikit sayur. Memang marvellous!! Suami plak makan Nasi Beriani lauk kambing. Asyraf makan nasi putih, telur dan ayam goreng sahaja sebab dia memang tak suka makan pedas. Maaf takde gambar nak tunjuk sebab masa ni, Aqil mengamuk nak tidur. Suami plak melayan Asyraf, memang kelam kabut skit. Gambar kedai je yang sempat Ida tangkap.

Bagi sesiapa berminat nak makan tengahari masa bercuti di Melaka. Tempat ni sangat-sangat recomended!!


Post a Comment

0 Comments