PETUA MENGURANGKAN PORI-PORI TERBUKA

Assalammualaikum..

Setiap orang sebenarnya mempunyai liang pori-pori terbuka luas dan besar, saiz liang dua kali ganda lebih besar apabila berusia sekitar antara 25 hingga 50 tahun.Keadaan itu menyebabkan kulit wajah tampak kasar dengan permukaan tidak sekata dan pada ketika itu selalu terdetik mahu saja ingin kembali seperti bayi yang mempunyai kulit mulus.

Hakikatnya, liang roma mula muncul selepas akil baligh, iaitu apabila mulanya pengeluaran androgen. Berdasarkan kajian dilakukan kepada testis pada lelaki dan ovari pada wanita, liang roma akan membesar serta-merta dan mengeluarkan minyak sejajar dengan perubahan hormon apabila remaja meningkat dewasa. DI sini Ida kongskan skit tips untuk korang

TIPS MENGURANGKAN PORI-PORI TERBUKA


#1 Perahan jus lemon

Jus lemon mengandungi enzim semulajadi yang boleh menegang dan mengetatkan struktur kulit wajah. Dengan itu, pori-pori terbuka mukan masalah. Dannnn... ada satu bonus - jus lemon boleh mencerahkan wajah.

Caranya, sapukan jus lemon ke wajah. Biarkan 10 - 15 minit dan cuci. Amalkan 3 kali seminggu.

#2 Betik


Kandungan mineral di dalam betik boleh menutup pori-pori terbuka dengan cara mengeluarkan lebihan minyak yang menutup pori-pori. Setelah pori-pori wajah dibersihkan, maka mudah la untuk ianya kembali tertutup.

Caranya, lenyek betik yang telah masak dan sapukan ke wajah. Biarkan selama 20 minit sebelum dicuci.

#3 Putih telur


Ptuih telur yang disapu ke wajah mampu menegangkan kulit dan menutup pori-pori terbuka. Kandungan proteinnya yang tinggi akan membantu kulit di dalam proses membina tisu-tisu baru.

Caranya, pukul telur putih. Sapukan ke wajah. Tunggu kering dan basuh. Boleh juga dicampur dengan jus lemon atau madu.


SELAMAT MENCUBA!!

Post a Comment

1 Comments

  1. Hai :) balas singgah dari segmen parih tu.. dah try dah putih telur tu tpi xde effect pun..huhu

    ReplyDelete