BERCUTI TEMPAT-TEMPAT MENARIK DI CAMERON HIGHLANDS

Assalammualaikum..

Actually entry Ida kali ni dah lama tapi Ida lum berkesempatan nak ceritakan. Ida pergi bercuti ke Cameron Highlands lepas raya aritu. Sekarang baru nak citer, hope citer nye lum basi la..hehhehe

Kami bertolak ke Cameron Highlands petang juga la selepas Asar. Hope sampai dalam kul8 tapi disebabkan suami silap jalan. Ikut jalan lama, nah kau..nak dekat kul1 baru sampai. Mana dengan 1 kereta pun takde, kedai takde,,perut lapar.Nasib baik la ade singgah beli roti masa kat stesen minyak. Dalam kul10 kitorang makan kat kedai tepi jalan. Itu pun lum sampai lagi ke Cameron Highlands. Nasib baik la ade juga hotel buka time tu. Kitorang check in Hotel Sunshine tak silap nama die sebelah Hotel Muslim (dah lupa sebenarnya). Semalaman RM110 ada 1 katil Queen dan 1 katil bujang.Keesokkan harinya kitorang sarapan di kedai bersebelahan. So bermula la percutian kami arini.




Tempat pertama yang kitorang pergi ke Taman AgroTeknologi Mardi sebuah agensi kerajaan yang membuat penyelidikan dan pembangunan teknologi tanam-tanaman tanah tinggi. Stesyen ini pada awalnya ditubuhkan oleh pihak british pada 1925 sebagai Federal Experimental Station. Pada tahun 1957 stesyen ini diletakkan di bawah Jabatan Pertanian dan diambil alih oleh Mardi pada tahun 1971. Bayaran masuk untuk dewasa ialah RM 3.00, kanak-kanak RM 1.50 dan percuma untuk kanak-kanak berumur 6 tahun ke bawah






Yang bestnye dekat sini kalau nak beli pokok kaktus ke bunga ke memang murah. Yang paling best tengok buah strawberry die,,Wah..memang terliur. Sayang plak tengok ade buah-buah strawberry yang jatuh ke bawah.



Kemudian suami Ida telefon kawan tempat kerja die, kebetulan suami dgr diorg pun nak bercuti sini. Rupa-rupanya diorang dah sampai pun. So kitorang check in plak dekat Hotel Sentosa, bawah die kedai mamak. Semalaman RM120 ada 2 katil Queen.Ok la jugak, hotel lama tapi dah ubahsuai skit sebab dulu Ida pernah datang hotel ni. Masa tu tahun 1998 dah lama kan?hehehhe




Ingatkan selepas Zohor kitorang nak sambung berjalan tapi hujan plak so seharian tak g mana pun. Petang skit kitorang pergi berjalan-jalan di pasar malam berdekatan. Dapat la beli sweater untuk Asyrat, t-shirt dan topi utk anak-anak.


Makan malam kami di sini Restoran Fauzi. Kebetulan suami nak sangat makan steamboat. Sepatutunya kedai die dalam hotel tapi kitorang tak jumpe jalan. Pusing punya pusing rupaya die ade buka cawangan kecil di depan hotel kitorang.Tergelak kami, kemain lagi mencari.Rupaanya depan mata je.hahahha. Sapa nak makan steamboat Ida suggest kat sini. Berbaloi..



Keesokkan harinya selepas sarapan di medan selera depan hotel Tempat pertama kami sekeluarga pergi ke Cameron Butterfly & Insect Farm. Kaunter masuknya. Harga tiket adalah RM5 bagi dewasa dan RM 2 bagi kanak-kanak (umur 3-11 tahun).




Kemudian kami ke Ee Feng Gu Honey Bee Farm. Kat sini Ida ada beli madu skit. Ida ade try madu yang dalam stick, ade perisa manis,pedas dan halia.Sedap..Ade beli sabun dan scrub madu.Bagus untuk kulit.

Kemudian kami singgah ke Pasar Kea Farm. Kat sini suami borong strawberry,sayur2 segar,jagung,ubi..sempat lagi beli cenderehati utk anak-anak.hehehe. Sapa nak memborong barang2 kat cameron kena dtg sini.Memang murah. Sayur2 segar yang Ida beli 4 jenis rm10 so beli 1 set lagi utk mak mertua. Strawberry beli 12 bungkus RM30.Murah kan? Beli patung spiderman utk Asyraf, die dah nampak menangis nak.Beli jugak la..dah topi pun spiderman. aduh...


Turun on the way nak balik singgah sekejap kat Strawberry Corner. Kat sini sempat lagi en suami borong strawberry, Katanya kat sini rasa lain. Buah die plak lagi besar..hehhehe

Perhentian kami yang terakhir di Ladang Teh Bharat. Kat sini Ida tak tengok sebab anak-anak dah tidur kepenatan. So suami dan keluarga kawan-kawan die yang masuk.





Ini antara barang2 yang Ida beli. Tak termasuk la strawberry dan sayur2 yang banyak tu. Dah bawa masuk dalam peti ais.heheh..ade banyak lagi gambar2 yang cantik kat sana tapi ni jelah Ida kongsikan.Kalau nak real, pergi sendiri.hahahaha

So bagi sapa2 yang belum pergi bercuti, boleh simggah tempat2 yang menarik ni. Pastikan jangan datang time hujan la.Kena tengok dulu ramalan cuaca dulu k..

SELAMAT BERCUTI KE CAMERON HIGHLANDS !!

Post a Comment

0 Comments