Walaupun banyak produk kecantikan di pasaran tapi dalam masa yang sama jangan kita lupa bahawa kitab yang diturunkan oleh Allah S.W.T juga mempunyai kelebihan die juga termasuk la surah Yusuf. DI sini Ida nak kongsikan doa bagi kecantikan anda terutama kaum wanita.
DOA SERIKAN WAJAH SURAH YUSUF
Bagi sesiapa yang mengkehendaki supaya muka atau wajah nya berseri perlulah ia membaca surah Yusuf Ayat 4 (sebaik baiknya selepas solat)
Maksud Surah Yusuf Ayat 4;
Maksud Surah Yusuf Ayat 4;
(ingatlah peristiwa) ketika Nabi Yusuf berkata kepada bapanya: “Wahai ayahku! Sesungguhnya Aku mimpi melihat sebelas bintang dan matahari serta bulan; Aku melihat mereka tunduk memberi hormat kepadaku“
Doa Penyeri, Pemanis dan Pengasih Surah Nabi Yusuf
Setelah membaca surah teruskan dengan membaca keratan ayat dalam surah Thaahaa ayat 39.Caranya:
1. Dibaca 3 kali kemudian sapu ke muka wajah.
2. Amalan ini juga sesuai bagi mereka yang berat jodoh.
Peringatan
- Jangan membaca tanpa memisahkan ayat tersebut. Surah Yusuf ayat 4 dibaca sehingga selesai, kemudian berhenti sebentar dan teruskan membaca keratan surah Thaahaa ayat 39. Jangan disambungkan terus dengan bacaan surah Yusuf tadi.
- Gunakan doa penyeri pemanis dan pengasih wajah surah nabi yusuf ini dengan niat yang baik terutama untuk isteri yang ingin suaminya menyayanginya lebih lagi.
0 Comments