CARA BUAT POWER PUMPING

11:34:00 PM


Bagi ibu2 yang menyusukan anak mungkin sinonim dengan istilah ini. Power pumping ialah satu kaedah mengepam untuk merangsang pengeluaran susu yang mana ia meniru cara penyusuan 'cluster feeding' iaitu - menyusu sekejap2 tapi kerap.

Tahukah anda penyusuan sekejap-tapi-kerap sangat bagus untuk stimulasi susu ibu. Jadi usah gusar bila bayi suka minum sekejap dan kerap. Jangianlah ibu2 giveup mengatakan tengok anak mcm susu xcukup je..SALAH TU!!. mcm Ida, ank suka minum susu sikit2, so Ida memang kerap bagi susu.

Berbalik kepada power pumping, ia biasanya dipraktikkan apabila susu badan berkurangan.

Mind you that tidak ada milk booster yang boleh membantu sekiranya anda tidak merangsang susu keluar, misalnya dengan power pumping.

Ini kerana konsep penyusuan berdasarkan "bekalan dan permintaan", bekalan adalah berkadaran dengan permintaan.

Dari mana datang permintaan itu = hisapan bayi & perahan susu ibu.

Jadi, adakah milk booster tidak membantu?

Analoginya, untuk menjadikan kereta bergerak, kita perlu tekan pedal minyak. Kita andaikan gerakan kereta adalah jumlah susu (bekalan), penekanan pedal adalah rangsangan (permintaan) dan perkakas dalam kereta seperti kusyen, stereng, etc adalah milk booster atau sebarang makanan yang terlibat.

Bolehkah kita menggerakkan kereta tanpa stereng? BOLEH. Tanpa kusyen? JUGA BOLEH.

Tapi kereta tak bergerak kalau kita tak tekan minyak.

Kerana itu pentingnya stimulasi itu tadi. Walau pakai kusyen canggih termahal pun, kereta tak gerak kalau tak tekan minyak. Ambik milk booster terbaik pun, susu takkan banyak tanpa rangsangan.

Oleh itu tidak kira anda mengamalkan milk booster jenis apa atau vitamin meyusu jenis apa, pam/direct feeding adalah WAJIB.

Power pumping ada banyak cara. Bergantung kepada jenis pam anda.

Kata kunci paling utama untuk power pumping - SATU JAM
Power pumping pam single.

5 minit kiri, 5 minit kanan, 5 minit kiri, 5 minit kanan

10 minit kiri 10 minit kanan, 10 minit kiri 10 minit kanan

Power pumping pam double

5 minit pam, 5 minit rest, 5 minit pam, 5 minit rest
10 minit pam, 10 minit rest, 10 minit pam, 10 minit rest.

Lakukan ulang2 selama sejam

Bila boleh buat? Bila2 asalkan free time.


Nak dapatkan MILKBOOSTER TERBAIK ?

Sebarang pertanyaan dan pesanan boleh hubungi saya:

NURUL AQIDAH AZAHAR
(YOUR TRUSTED SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR)
sms/whatsapp 0174636210
Email : Aqidgirl_88@yahoo.com

You Might Also Like

0 comments

Followers

TRAVEL DESTINATION

GRUP MAMA BLOGGERS MALAYSIA (GMBM)

GRUP MAMA BLOGGERS MALAYSIA (GMBM)