TIPS PISAHKAN SUSU BADAN

Penyusuan badan adalah masa yang amat istimewa dalam kehidupan seorang ibu, dan menghentikannya merupakan satu pengalaman penuh emosi. Anda mungkin sedih yang tempoh masa ini sudah selesai, tetapi juga gembira sebab mendapatkan kembali badan anda. 

Berita baik ialah bahawa bercerai susu tidak akan menamatkan ikatan mesra yang anda dan bayi telah jalinkan sepanjang tempoh menyusu. Sebenarnya, penyusuan badan merupakan permulaan dalam hubungan istimewa anda berdua.


Ida ingat lagi camner Ida nak pisahkan Asyraf dari susu badan. Seminggu sebelum Asyraf nak masuk umur 2 tahun, Ida ajar minum susu dutch lady dalam kotak tapi tak banyak skit je..tu pun die minum dengan coco cruch, Tu pun tak habis sebab memang tak pernah bagi Asyraf minum susu selain dari susu Ida, Time tu Ida dah pregnant, thatway dah kena ajar skit2..

Bila Asyraf dah masuk je 2 tahun, dah beli siap2 susu formula kat dia. Mula2 memang die taknak tambah dia tak pernah minum botol,memang Ida tak nak ajar.Ida bagi die minum dalam cawan.Pujuk la die minum skit2..bila time nak tidur je, die nak minum susu badan walaupun dah kenyang makan nasi semua. Time tu bagi lagi la. Seminggu leas tu,bila die mintak je. Ida cepat2 ambil asam jawa letak kat nipple. Bila die rasa pelik,mula la die menangis,,tai Ida pujuk2 die,dodoikan die dengan zikir sume.Alhamdullilah die tido. Time malam je tak dapat nak pujuk die. Susu die bukam minum sangat pun.Just nak nempel je kat Mummy die ni..

Bayangkan la sampai Ida sakit nak bersalin,sempat lagi susu kan die. Alhamdullilah,selepas adik die keluar. Die dah tak mintak susu bada, sebab die dah biasa ble nak tidurkan die Ida akan pujuk pelan2,




Ini Ida sediakan rujukan bagi ibu2 yang nak "wean off" anak..hope membantu.

Anda boleh perlahan-lahan menukar susunya kepada minuman dan makanan yang berkalsium seperti air yogurt atau susu segar. Jika anak tidak serasi dengan susu lembu, gunakan susu soya.

Kurangkan Dahulu, Baru Berhenti
- Elakkan berhenti secara tiba-tiba kerana dibimbangi emosi anak terganggu. Gunakan kaedah ansuran. Ia mungkin ambil masa beberapa bulan

- Jangan tawarkan susu ibu tetapi jangan menolak jika dia minta.

- Kenyangkan dia dengan makanan lain dulu sebelum dia minta susu badan.
* dah kenyang pun masih minta jugak!

- Jangan menyusu terlalu lama pada tiap sesi penyusuan. Anda boleh mengalihkan perhatiannya kepada aktiviti/benda lain.

* Kalau siang hari bolehlah..pujuk dia main itu ini. Malam hari tak dapatlah..masa nilah peluang dia nak melepaskan gian terhadap 'candunya' ini. :)

- Kurangkan satu sesi penyusuan pada setiap minggu.

- Hadkan masa penyusuan, mungkin hanya selepas makan.

- Jangan terburu-buru untuk memberhentikan penyusuan pada waktu malam.

- Jangan salin baju di depan anak kerana bila nampak, dia akan ingat. Bila ingat dia akan minta.

- Anda juga boleh memakai baju yang sukar untuk anak anda selak. Mungkin baju labuh/panjang.

Terangkan pada anak bagi dia faham


- Terangkan kepada anak anda kenapa anda mahu berhenti menyusukannya.

- Anda boleh memberitahu yang dia hanya boleh menyusu jika dia nak tidur atau selepas hari sudah gelap.

- Kebanyakan anak selepas umur ini boleh faham perkataan 'nanti'. Jadi cuba lengahkan sedikit.

- Jika anda hamil dan puting anda terasa sakit, terangkan kepadanya.
* saya sanggup menahan sakit semata-mata kesiankan anak.

- Jangan marah, jangan stres. Anak anda boleh merasakannya.

Memberhentikan Penyusuan Waktu Malam

- Elakkan menjadikan penyusuan susu ibu sebagai jalan untuk menidurkannya. Gantikan dengan membacakan buku cerita, mendodoi, berzikir, menyanyi, menepuk perlahan atau menggosok belakangnya.

- Jika anda mahu menyusukannya sebelum tidur, susukan di tempat lain daripada kebiasaan dia menyusu malam sebelum tidur. Mungkin di bilik lain atau di ruang tamu.

- Jika anak terjaga di waktu malam, biar bapanya yang menenangkannya sementara waktu ini. Jika dia mahu susu, perah dan minta suami anda memberikannya. Anda ibu normal jika anda 'rasa tak sampai hati.'

Supaya Anda Selesa

- Jangan makan atau minum oat. Oat biasanya menambahkan penghasilan susu.

- Letakkan helaian kobis antara payudara dengan coli anda. Potong urat kobis yang keras dahulu supaya anda rasa lebih selesa. Biarkan selama 20 minit. 2 kali sehari sudah mencukupi.

- Jika susu penuh pada payudara buat anda tidak selesa, perah sedikit sekadar untuk mengurangkannya. Semakin sedikit susu anda diperah, semakin cepat badan anda mendapat signal yang ia tak lagi perlu menghasilkan susu.

- Mandi dengan air suam. Tumpukan curahan air suam pada bahagian payudara anda yang penuh.

Tambahan

- Proses memberhentikan/menyapih/sapih/menceraikan susu ibu memberikan kesan emosi kepada anak-anak di umur ini. Jadi jangan lupa tambahkan belaian, pelukan, ciuman sebagai ganti kemewahan belaian emosi yang dia dapat semasa menyusu susu ibu.

- Biasanya seseorang ibu akan merasa sedih, sunyi dan mungkin tertekan selepas kali terakhir anak anda menyusu. Anda (perasaan, fizikal) akan mengambil masa untuk menyesuaikan diri dengan perubahan hormon ini terutamanya jika anda berhenti secara tiba-tiba.

- Anak anda mungkin akan berubah sikap seketika walaupun dia sendiri yang mahu berhenti menyusu. Dia mungkin mengekori ke mana sahaja anda pergi. Kadang-kadang kenakalannya juga lebih semasa ini. Anak anda juga perlu masa menyesuaikan diri dengan keadaan baru ini. Beri dia masa.

No comments:

Post a Comment

Followers

social network

APDM SAPS