TIPS MENGEPAM SUSU BADAN

10:33:00 PM

TIPS MENGEPAM BILA SUSU BADAN
 MULA BERKURANGAN

Sebelum kak kenari cerita panjang lebar lagi tips mengepam susu badan yang semakin berkurangan, adik2 manis semua, sila faham ok, susu badan kita pam selain sebab cik breast kita ni dah sarat dah.. kita pump jugak sebab kena kasi kosong breast n bagi cik breast produce susu yang lagi banyak ok. kena ingat jugak apa kita makan, itule yang baby kita juga makan. so, hati2 ok apa yang kita makan terutamanya bila kita masih lagi berpantang.

Tips mengepam susu badan yang semakin berkurangan:

1. Ambil cuti beberapa hari.
Dalam waktu cuti ini, kita boleh menyusukan si kecil secara terus, dan di masa yang sama turut mengepam bagi meningkatkan semula kadar produksi susu kita. Sekiranya perlu, kita boleh cuba mengepam sejurus selepas anak kita menyusu bagi mengosongkan payudara dengan lebih efektif.

Kita boleh juga mengepam selang 2 jam setiap kali selepas bayi kita menyusu. Bayi yang menyusu secara terus biasanya menyusu atas permintaan (on demand). Justeru, kita boleh mencari selang waktu yang sesuai bagi melakukan proses pengepaman. Ironinya adalah, supaya kilang susu kita dapat menerima signal betapa permintaan kepada jumlah susu itu sudah meningkat. Ini membantu kilang susu mengaktifkan produksi susu itu dengan lebih lagi. Selepas tempoh cuti, teruskan proses pengepaman pada masa yang tetap, dengan selang waktu kurang 4 jam sekali.

2. Munajat.
Kita boleh menenangkan diri dan memohon kepadaNya melalui solat sunat dan doa. Sebagai muslim, setelah kita berusaha, pastinya pada Allah yang terbaik untuk kita meminta dan berdoa serta menenangkan diri. Pohon jalan keluar daripadaNya. Amalkan surah al-Hujurat (antara tip menambah susu), surah al-Insyirah (tip menenangkan hati) dan solat sunat hajat dan sebagainya. Segala usaha kita pasti diberkatiNya dengan niat dan tekad yang ikhlas di jalanNya, insya-Allah. jangan lupa bagi mendapatkan juga restu, redha dan doa suami.

3. Elakkan stress.
Keadaan kita pastinya menyumbang kepada faktor masa dan stress. Tetapi manusia juga punya kuasa minda sedar yang mampu diaktifkan dalam mengawal setiap aktiviti hariannya.

Elakkan fikiran yang kusut dan terlalu memikirkan betapa kita perlu mengejar masa dan terkejar-kejar. Sebaliknya, kita boleh menjalaninya dengan lebih semangat, positif, senyuman. pilihan itu sentiasa di tangan kita. Sentiasa soal masa dengan gembira di mana kita boleh selitkan sesi pengepaman yang hebat itu. Di sebalik menanganinya secara kusut, kita boleh tukarkan kepada menguar-uarkan aktiviti penyusuan ibu ini kepada rakan-rakan dan orang sekeliling dengan gembira. Dapatkan sokongan bukan sahaja daripada suami, tetapi juga orang sekeliling. Sokongan itu 'kita yang ciptakan', dan cipta ia dengan yakin, tenang, gembira dan positif.

4. Sentiasa positif dan senyum

Walaupun pada peringkat awal usaha kita, masih lebih kurang 2oz, jangan putus asa. Jadikan 2oz itu sebagai semangat bagi kita melihat lebih banyak lagi hasil dengan usaha 'kegembiraan ' kita itu. Kita wujudkan suasana gembira dalam diri kita sendiri seperti suka tersenyum seorang diri dan menyanyi-nyanyi semasa keletihan mengepam di pejabat. Semasa memandu, kita juga hiburkan hati dan sentiasa berfikir mempunyai stok yang banyak. Lakukanlah pelbagai cara 'gila' dalam membantu emosi berasa lapang. Kita juga boleh mendengar suara rakaman bayi, melihat gambar bayi kita ataupun menonton/mendengar sesuatu dengan enjoy semasa mengepam. Gambar bayi terbukti membantu kita dalam proses meningkatkan produksi susu. Ini kerana, psikologi perasaan ibu itu terarah kepada rasa kasih dan sayang kepada anak kecil.

Ini penting kerana, selain stimulasi kepada payudara, emosi dan 'mind setting' ibu juga sangat mempengaruhi produksi susu.

5. Pam

Tips ini pula mungkin memerlukan belanja. Sekiranya kita memakai pam satu corong, mungkin ini adalah masa yang sesuai kita menggunakan pam dua corong, ataupun satu lagi pam satu corong yang mungkin turut dapat membantu puan menstimulasi payudara secara serentak. Tetapi, kita harus ingat, pam adalah sekadar alat yang memudahkan urusan kita. Usah jadikan pam sebagai punca kita tidak dapat sediakan yang terbaik. Ada juga ibu yang dapat berjuang menggunakan pam tangan sahaja. Pokoknya, usaha dan emosi kita juga.
Teruskan dengan bekalan susu kita yang ada itu. 3oz adalah kandungan yang ideal buat kita penuhkan botol bekalan kepada bayi. Ada juga ibu yang membekalkan cuma 2oz sahaja buat anaknya. Segalanya bergantung kepada keperluan si kecil. Sentiasa gembira dan bersyukur walaupun hasil yang kita peroleh pada waktu itu tidak meriah.

Berkaitan makanan, kita masih boleh mencuba tips yang ada. Kadang-kadang, makanan itu mungkin tidak membantu pada hari itu kerana hari itu bukan waktu yang sesuai. Usah kita senarai hitam makanan tersebut sebagai makanan yan langsung tidak membantu dan sebagainya, sebaliknya teruskan makanan yang kita percaya mengandungi khasiat dan berzat. Elak mengambil makanan segera, kafein yang secara logiknya sendiri tidak berkhasiat. Sekali lagi, emosi ketenangan dan yakin tetap membantu urusan kita. Tawakal kepada Allah.


Sebarang pertanyaan dan pesanan boleh hubungi saya:

NURUL AQIDAH AZAHAR
(YOUR TRUSTED SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR)
sms/whatsapp 0174636210
Email : Aqidgirl_88@yahoo.com

You Might Also Like

0 comments

Followers

TRAVEL DESTINATION

GRUP MAMA BLOGGERS MALAYSIA (GMBM)

GRUP MAMA BLOGGERS MALAYSIA (GMBM)