KATA-KATA MADAH #5

Assalammmualaikum..

Musim panas yang melanda sekarang ni Allah memang rasa bahangnya. Kat rumah ni asyik buka aircond je. Baru je lepas mandi pun dah rasa tak selesa. Nak keluar lagi la rasa malas je. Anak-anak pun Ida tak bagi main kat luar.

Dah lama tak update blog atas kesibukan mengemas rumah nak pindah bulan ni. Alhamdulillah..urusan penyerahan kunci rumah dah dapat pada seminggu yang lepas. So memang busy nak renovate rumah semua.


Jadi jom Ida kongsikan sedikit kata madah hari ini.



ISTIQAMAH

"Amalan yang bagaimanakah yang paling disukai Allah?"

Jawab Rasulullulah SAW

" AMALAN YANG DIKERJAKAN SECARA TETAP WALAUPUN SEDIKIT"

Kata-kata ni Ida boleh ringkaskan supaya kita melakukan perkerjaan kita secara berterusan, jangan ada sikap berputus asa.

Selalunya bagi mereka yang ada perniagaan. Bila takde keuntungan dah taknak teruskan. Kalau ada krtikan mula rasa down, taknak teruskan perniagaan. Juga pada perkara yang lain. Sikap istiqamah ni memang susah ada dalam hati kita. Kita ni mudah terasa down.

Contohnya bila takde keuntungan akan ada bisikan syaitan yang mengatakan " Kau tak payah la buat bisnes ni lagi, bukan ada untung pun. Modal pun tak dapat balik".

Jadi bila kita terasa down, rasa nak putus asa. Tenangkan diri dan cubalah dekatkan diri dengan-Nya. Cubalah sebaiknya melatih diri ni untuk beristiqamah. Bukan sahaja dengan kerja yang kita lakukan, begitu jugak dengan ibadah seperti membaca Al-Quran, solat-solat sunat dan sebagainya. Beristiqamah la..insyaallah..

CENDOL ZAM PENGKALAN NYIREH,BESUT,TERENGGANU

Assalammualaikum...

Lamanya tak review tempat makan menarik ni. Berbalik pada kisah Ida pergi percutian di Pula Perhentian bulan lepas, balik dari itu dah tentu la penat dan lapar kan. Jadi kami singgah makan di kedai Cendol Zam yang terletak di depan Masjid Ibnu Abbas, Kg Pengkalan Nyireh, Besut Terengganu.



Apa yang menariknya di sini makanan dia boleh dikatakan sangat-sangat murah dan paling bestnya kalau korang nak tambah lagi, tak perlu bayar. Ianya PERCUMA!! Best tak?



Serius ikutkan macam nak cuba je semua, yelah murahkan.hahaha. Tapi Ida order ikut selera anak tekak masa tu sebab badan dah letih. Jadi kami hanya order beberapa jenis makanan.

Cendol RM2 semangkuk
Nasi Goreng +ikan goreng celup tepung RM5
Pasembor RM4
Ais Kepal Milo RM4
Sotong celup tepung RM10 (tak ingat harga dia)
Udang celup tepung RM10 (dalam 30-45 ekor)
Air masak percuma (ada disediakan tong air boleh ambil sendiri)

ais kepal ada dua pilihan. Perisa Milo atau Horlicks
(sangat manis. Not rekeman sangat untuk elakkan dari terkena kencing manis.hehe)

Nasi Goreng+ ikan celup tepung

Pasembor 

Cendol

Udang celup tepung. Rangup!

Sotong celup tepung

Ais kepal Milo

Banyak jugak kan.hahaha. Nasib la semua habis sebab masing-masing dah lapar. Ada jugak makanan lain seperti laksa penang, rojak buah,bubur nasi dan lain-lain.



Jadi siapa nak terasa nak makan boleh la ke kedai Cendol Zam ni.






Facebook : Cendol Zam
Instagram : Cendol Zam

Alamat: Depan Masjid Ibnu Abbas, Kg Pengkalan Nyireh, Besut Terengganu

7 PUNCA MASALAH KULIT KUSAM DAN CARA MENGATASINYA

Assalammualaikum..

Masalah kulit bukan sahaja masalah jerawat, jeragat, parut, berminyak dan sebagainya. Malah kulit kusam juga salah satu masalah yang cuba dielakkan oleh semua wanita mahupun lelaki. Selalunya bila semua ini berlaku kita akan mula tertanya-tanya kenapa ini berlaku dan mula menjadi sebab dan cara penyelesaiannya.




Setiap hari kita melalui rutin harian yang sangat sibuk walaupun bagi mereka yang bekerja diluar mahupun seorang suri rumah tangga sepenuh masa. Kesibukan setiap hari tak boleh dielakkan dan ini semua boleh menyebabkan masalah kulit berlaku.

5 PUNCA MASALAH KULIT KUSAM

1. Kurang air dalam badan


Setiap hari kita akan melakukan pelbagai aktiviti dan ini semua akan mebuatkan air dalam badan kita keluar contoh seperti peluh. Bila ini berlaku air dalam badan kita akan mula berkurangan sebab itu la kita sentiasa dinasihatkan minum air secukupnya lebih-lebih lagi kalau musim panas. Air yang tidak mencukupi dalam badan akan menyebabkan kulit kita menjadi kering dan cepat kusam.

2. Pemakanan tidak seimbang


Kesibukan kita juga kadang kala menyebabkan kita lupa makan makanan yang bernutrisi. Kita lebih cenderung kepada makanan yang mudah an cepat. Jadi sesibuk mana pun kita cuba dapatkan makanan yang seimbang setiap hari.

3. Tekanan atau stress


Tekanan atau stress ni memang tak boleh dielakkan. Tahu tak, bila kita stress kadar vitamin C dalam badan kita akan cepat hilang. Jadi kolagen dalam badan kita akan cepat berkurangan dan ini akan menyebabkan kulit kusam serta masalah lain. Jadi cuba untuk kurangkan stress kita okay!

4. Terlampau terdedah pada sinaran matahari


Ini selalunya berlaku pada mereka yang kerap bekerja di luar. Jika terlampau terdedah pada sinaran matahari ini akan menyebabkan pigmentasi dan penuaan pada kulit akan berlaku lebih cepat. Itu juga boleh menyebabkan kulit kusam. Jadi cuba kurangkan terdedah di luar atau jangan lupa untuk memakai sunblock.

5. Kerap makeup


Makeup dengan wanita ni memang tak boleh dielakkan. Jarang wanita ni akan keluar dengan muka natural. Mesti akan tempek juga walaupun bedak. Bagi mereka yang kerap makeup ni kena la menjaga kulit dengan sangat baik. Ini kerana bahan dalam makeup kita ada bahan-bahan yang boleh menyebabkan kulit kusam. Jadi pastikan makeup dicuci dengan bersih sebelum tidur ye.

6. Tidur yang tak mencukupi


Bila tidur kita tidak mencukupi badan akan mula mengeluarkan hormon stress dan badan kita menjadi sangat letih. Hormon stress ni akan menyebabkan kulit kita mula tumbuh jerawat dan masalah lain serta kulit akan menjadi kusam.

7. Merokok


Merokok bukan sahaja membahayakan kesihatan malah boleh menyebabkan masalah kulit kusam. Merokok boleh memusnahkan kandungan vitamin C dan musnahkan bakteria yang baik dalam badan kita. Jadi silalah berhenti merokok.

8 CARA MENGATASI MASALAH KULIT KUSAM

1. Banyakkan minum air
2. Makan makanan seimbang
3. Kurangkan stress
4. Kurangkan makanan tidak berkhasiat
5. Berhenti merokok
6. Dapatkan rehat dan tidur yang mencukupi.
7. Berhati-hati dalam pemilihan bahan kosmetik.
8. Gunakan sunblock jika berada di luar.


Bagaimana set ini membantu?

1. ESP shaklee

Kandungan asid amino yang ada dalam ESP bagus untuk awet muda. Ia membantu merangsang pembentukan semula kulit dan otot. Membantu cepatkan penghasilan kulit yang lebih cantik dan putih.

2. Vitamin E 

Ia membantu melambatkan penuaan dan mengurangkan garis garis halus, parut jerawat dan bintik di muka.

3. Vitamin C 

Vitamin c membantu merangsang pembentukan kolagen untuk kulit lebih anjal dan mengurangkan kedutan. Ia juga mampu mencantikkan kulit, melambatkan penuaan dan menjadikan muka lebih berseri

4. B Complex

Asid folik atau bcomplex ini membantu pembinaan sel sel baru dan mengurangkan stress yang menjadi punca muka Nampak kusam.

Testimoni pengguna atasi masalah kulit kusam







Klik di sini untuk pembelian dengan segera

Sebarang pertanyaan dan pesanan boleh hubungi saya:

(YOUR TRUSTED SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR)

sms/whatsapp : www.wasap.my/0174636210
Email : chintashoope@gmail.com 
No Id: 1074293 

*setiap pembelian anda wajib akan mendapat konsultasi percuma yang berterusan dari saya

KATA MADAH #4

Assalammualaikum...

Selamat petang korang. Ida ni sejak kebelakangan ni asyik blur je nak update pasal apa padahal dah buat senarai tajuk. Musim panas kot rasa malas je..huhu..Aish tak boleh jadi ni. Nak kena keep it up balik. Takleh lemau-lemau kalau nak berjaya kan.


So petang-petang ni meh Ida nak kongsikan sedikit kata-kata madah.


Rezeki akan melimpah jika dibahagi
Ilmu akan bertambah jika dikongsi
Kasih sayang akan bercambah jika diberi

Jangan kedekut
Jangan tamak dan tak perlu bimbang
Jika segalanya hanya kerana Allah

Walau sebesar mana pun rezeki yang kita dapat tak semestinya semua milik kita. Lebih baik dikongsi. Sama jugak seperti makan nasi. Lebih baik berkongsi walau sedikit agar lebih berkat.

Teringat masa buat nasi ayam dulu. Ajak la keluarga mertua makan semua. Ingatkan cukup la rupanya tak cukup. Ngam-ngam je. Mak mertua kata takpelah, pakat makan rasa sorang sedikit baru la lebih berkat.

Ilmu yang kita dapat juga lebih baik dikongsi dengan orang lain. Manfaat bagi kita dan manfaat bagi orang lain. Contohnya kita dermakan Al-quran untuk diletakkan di surau atau masjid. Bukan seorang sahaja yang boleh baca tapi lebih ramai lagi. Insyaallah niat kerana-Nya, besar la ganjarannya. Amin.

Jadi kawan-kawan. don't tamak-tamak, sharing is caring. Tapi jangan terlebih caring sangat.hahahaha

Have a nice day!

APRIL FOOL??

Assalammualaikum...

Dah masuk bulan April dah hari ini dan bersamaan dengan 14 Rejab. Wah dah tak lama lagi kita dah nak masuk bulan Ramadhan.

Dulu masa zaman sekolah, zaman kecik-kecik dulu selalu orang sebut "April Fool". Zaman dulu biasalah setiap masa kadang nakal yang menyakat orang, bila time bulan april je ada jugak sesetengah kawan-kawan ni suka cakap "April Fool".


Tapi tahu tak korang apa maksud April Fool sebenarnya?

April Fool adalah sebuah perayaan hari kemenangan atas terbunuhnya ribuan umat Islam Sepanyol oleh tentera salib yang dilakukan dengan cara-cara penipuan.

Ida dulu pun tak tahu dulu, biasalah kita ni suka sangat mengikut orang. Kalau orang sebut, kita pun nak ikut. Bab menyakat, kenakan kawan-kawan ni memang dah jadi kebiasaan sesetengah orang. Tapi benda macam ni kalau gurauan yang teruk pun bahaya jugak.

Kalau kat budak-budak kecil selalu kita sebut. " Eh tak baik menipu tau, berdosa". Betul la tu kan. Tipu kecil tak mustahil boleh menjadi besar. So nak bergurau tu biasalah tapi ada hadnya. Jangan keterlaluan.

Jadi pada bulan yang baru ni, jadikan diri kita menjadi lebih baik. Jangan terus rasa down, keep it up. Okay!