Pages

Sunday, April 15, 2018

KATA-KATA MADAH #5

Assalammmualaikum..

Musim panas yang melanda sekarang ni Allah memang rasa bahangnya. Kat rumah ni asyik buka aircond je. Baru je lepas mandi pun dah rasa tak selesa. Nak keluar lagi la rasa malas je. Anak-anak pun Ida tak bagi main kat luar.

Dah lama tak update blog atas kesibukan mengemas rumah nak pindah bulan ni. Alhamdulillah..urusan penyerahan kunci rumah dah dapat pada seminggu yang lepas. So memang busy nak renovate rumah semua.


Jadi jom Ida kongsikan sedikit kata madah hari ini.



ISTIQAMAH

"Amalan yang bagaimanakah yang paling disukai Allah?"

Jawab Rasulullulah SAW

" AMALAN YANG DIKERJAKAN SECARA TETAP WALAUPUN SEDIKIT"

Kata-kata ni Ida boleh ringkaskan supaya kita melakukan perkerjaan kita secara berterusan, jangan ada sikap berputus asa.

Selalunya bagi mereka yang ada perniagaan. Bila takde keuntungan dah taknak teruskan. Kalau ada krtikan mula rasa down, taknak teruskan perniagaan. Juga pada perkara yang lain. Sikap istiqamah ni memang susah ada dalam hati kita. Kita ni mudah terasa down.

Contohnya bila takde keuntungan akan ada bisikan syaitan yang mengatakan " Kau tak payah la buat bisnes ni lagi, bukan ada untung pun. Modal pun tak dapat balik".

Jadi bila kita terasa down, rasa nak putus asa. Tenangkan diri dan cubalah dekatkan diri dengan-Nya. Cubalah sebaiknya melatih diri ni untuk beristiqamah. Bukan sahaja dengan kerja yang kita lakukan, begitu jugak dengan ibadah seperti membaca Al-Quran, solat-solat sunat dan sebagainya. Beristiqamah la..insyaallah..
5:04:00 PM / by / 3 Comments

3 comments:

  1. itulah. konsisten dalam perbuatan paling susah. bukan soal amalan apa yang dia buat.

    terima kasih atas peringatan.

    ReplyDelete
  2. istiqamah. allah. betul. sedikit tapi berterusan. itu yang susah sebnrnya. nk lawan hati sndiri. smoga allah kuatkan hati kita untuk hadapi cabaran.

    ReplyDelete