Giveaway Fridge Magnet Padang Besar By Mialiana.com



Giveaway Fridge Magnet Padang Besar bermula saat ini dari hari ini, 6 hingga 13 Mac 2017. Semua blogger yang bermastautin di Malaysia dijemput join.

Kisahnya di SINI.


Siapa nak ole-ole dari Padang Besar? Ada 30 fridge magnet berbentuk selipar pelbagai warna.  Jom join giveaway ini... ramai-ramai support Mia Liana ya...

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Giveaway Fridge Magnet Padang Besar By Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen SINI
  5. Giveaway akan tamat pada 11.59 malam 13 Mac 2017.
Pemenang akan dipilih melalui random.org dan keputusan pemenang akan diumumkan pada 20 Mac 2017.

** nak join giveaway ini, sila klik pada banner...

KESIBUKAN MINGGU NI

Assalammualaikum..

Mungkin ada yang perasan atau tidak beberapa minggu ni Ida kurang update di blog dan facebook sebab kesibukan yang melanda.


Bukan sibuk sangat tapi badan penat. Dua minggu lepas anak-anak dan suami demam. Ida la kena berjaga walaupun dalam masa yang sama badan Ida pun dah panas tapi masih kuat lagi. Selepas diorang dah sembuh Ida pula demam, batuk dan selsema selama 1minggu.

Image result for exhausted

Dah elok skit ni Ida sibuk sambung kelas belajar memandu. Sekarang baru nak amik lesen kereta.hahaha. Dulu dah ambil gagal JPJ, sibuk dengan pratikal.Dah luput lesen Ida. So kena la buat baru.

Ini pun tak menyempat juga sebab nak uruskan anak-anak lagi. Kelas lagi, malam badan dah penat. Ida update la mana yang mampu.

Insyaallah tak lama lagi settle la kelas memandu Ida tu. Doakan Ida lulus la nanti untuk dapatkan lesen P. Kesian kat anak-anak kena ulang alik duduk sekejap kat umah nenek dia. Tambah si abang, dah penat balik sekolah. Mummy plak kejut sebab nak pergi kelas memandu. Sabar ye..insyaallah lagi 1 bulan settle la semua.

Musim demam sekarang ni so kawan-kawan jaga kesihatan k..Ida pun masih batuk ni. Gatal tekak je.huhu

APA BEZA VIVIX DENGAN MINUMAN KESIHATAN YANG LAIN

Assalammualaikum...

Apa yang membezakan Vivix lain dari minuman kesihatan yang lain?

Ini kerana ia telah diuji secara klinikal nya yang menunjukkan kandungannya adalah 10 ganda lebih hebat dari resveratrol




Vivix adalah minuman campuran botani merupakan revolusi terbaru di dalam pemakanan polifenol. Mengandungi campuran unik botani Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol menjadikan Vivix begitu unik.

Polifenol adalah kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel anti-penuaan semulajadi.

Paling mudahnya Vivix ni kerana hanya pengambilan 1 sudu teh setiap hari sudah cukup membantu kita kekal sihat. Sebab itu la ramai golongan yang sudah berusia ni lebih sukakan Vivix kerana lebih cepat dan mudah diambil berbanding makanan tambahan dalam bentuk tablet atau kapsul

KISAHKU DENGAN COLLAGEN POWDER SHAKLEE

Assalammualaikum...

First time Ida cuba Collagen powder shaklee ni masa masih menyusukan Aqil..tak silap masa tu dah 1 tahun lebih.



Collagen powder shaklee ni lain dari yang lain sebabnya bau dia..hehe. Bukannya ada bau oren ke..strawberry ke tapi bau ikan..hanyir..tapi yang paling best ia sangat mudah larut dalam badan dan sangat berkesan.

Disebabkab molekul dalton nya yang sangat halus kalau korang sekadar tuang dalam air, tak perlu kacau atau goncang pun dan sebati..larut je..apatah lagi kalau masuk dalam mulut kan..

Masa tu Ida baru ambil 2 sachet tapi dah nampak kesan. Susu Ida banyak..kejap je rasa bengkak dah. Serius terkejut. Ida memang ada masalah liang roma yg besar skit pun dah nampak kurang.

Agaknya sebab Collagen powder kot si Aqil minum susu sedap je..hahaha.. sampaikan sekarang dia tu hantu Omega guard. Tahu aja la bau ikan ni..kena baju habis berbau tapi die suka je. Gigit macam tu je..siap kata sedap lagi.hehe

Jadi bagi Ida sangat berbaloi kalau nak ambil Collagen powder ni. Ibu menyusu pun boleh cuba untuk banyakkan susu.




HARAPAN BARU

Assalammualaikum...

Setiap bulan..setiap tahun kita mesti ada azam yang baru kan. Harapan atau impian yang baru. Mana yang hasrat belum tercapai pasti bulan ni nak juga berusaha sehingga dapat.


Mungkin bulan lepas nak bercuti ke Disneyland tapi takde rezeki atas sebab-sebab tertentu. Mana tahu bulan ni insyaallah pasti akan sampai ke sana. Mungkin ada yang berkeinginan untuk membuka bisnes kedai makan sendiri tapi tak berjaya, takpe bulan ni usahakan lagi. Buat strategi yang baik dan sempurna.

Setiap orang pasti ada pelbagai rancangan untuk pastikan apa yang diinginkan tu tetap berada dalam genggaman. Walaupun mengambil masa pasti akan membuahkan hasil yang lumayan.

Jadi teruskan berusaha...berusaha..dan berusaha lagi sehingga berjaya. Jangan mudah rasa down atau putus asa sedangkan korang sudah hampir mencapainya.

Mungkin boleh juga pasangkan niat bila korang dapat semua ni apa reward yang korang nak bagi kat diri sendiri atau keluarga.

Image result for TANAH SUCI

Bagi Ida bila dah dapat semua ni insyaallah Ida nak bawa sekeluarga ke tanah suci. Bawa sekali dengan anak-anak. Mungkin juga akan beli sebuah rumah idaman untuk reward diri sendiri.

Siapa tahu apa yang kita impikan selama ni akan tercapai akhirnya. Kita merancang, biar Allah yang tentukan.