UBAT SAKIT SENDI

Kebaikan dan Khasiat Vitamin Penjagaan Sendi Advanced Joint Health Tablet Shaklee

Shaklee Advanced Joint Health Tablet ialah satu formulasi proprietari yang menampilkan kombinasi bahan-bahan yang amat berkesan, yang dapat menyokong pergerakan, kelenturan sendi dan fungsi sendi yang sihat. Ia dihasilkan dari ramuan aktif yang bertindak dengan pantas bagi menyokong makanan kesihatan yang diperlukan oleh sendi - sendi.

Shaklee Advanced Joint Health Tablet mengandungi ekstrak unique Boswellia aktif dengan paten tertunda, ekstrak Jagung dan nutrien penting lain termasuk Zink, Tembaga, Mangan dan Vitamin C untuk membantu meningkatkan keselesaan sendi dan pergerakan. Dengan menggunakan tumbuhan dan bahan-bahan berasaskan mineral, Shaklee Advanced Joint Health Tablet ialah formula sayur-sayuran 100%.






Advanced Joint Health Tablet ini memberi manfaat kepada sendi melalui 3 cara:-
  • Menyokong keselesaan sendi (Ekstrak Boswellia) dengan menghalang pembentukan bahan kimia yang menyerang tulang rawan. Ekstrak Boswellia digunakan dalam perubatan Ayuveda untuk menyokong kesihatan sendi sejak berkurun lamanya,. bahan aktif utama ekstrak Boswellia ialah asid boswelik yang berfungsi sebagai anti-radang semulajadi.
  • Bertindak sebagai kusyen (Ekstrak jagung) membantu mengekalkan tulang rawan. Ekstrak jagung membekalkan satu sumber yang pekat dengan glukosamina yang berfungsi untuk meningkatkan sokongan kusyen sendi dan pemeliharaan tulang rawan. Glukosamina ialah blok binaan utama bagi membina tulang rawan dan lendir bagi melincirkan sendi. Ia juga ditemui dalam tendon dan ligamen.
  • Memelihara tisu penyambung yang sihat (zink, tembaga, mangan dan vitamin C). Sebagai nutrien pentinng dalam kesihatan sendi, zink, tembaga, mangan  dan vitamin C membekal sokongan nutrien untuk kolagen dan komponen tisu penyambung lain memberikan kekuatan dan struktur terhadap sendi.
10 Kebaikan AJHT (UBAT SAKIT SENDI PALING HOT)

  • menyokong keselesaan sendi
  • membantu kekalkan tulang rawan
  • memelihara tisu penyambung yang sihat
  • melancarkan pergerakan harian
  • sangat berkesan, kesan positif selepas 5 hari pengambilan (ada ujian klinikal tau)
  • menghalang pembentukan bahan kimia yang merosakkan tulang rawan
  • anti radang semulajadi
  • dibuat dari sumber tumbuh-tumbuhan semata-mata, asli dan semulajadi
  • memberi kekuatan kepada struktur sendi
  • bertindak seperti kusyen untuk melindungi tulang rawan, juga membekalkan glukosamina (penting untuk binaan tulang rawan dan lendir untuk licinkan sendi dalam tendon dan ligamen
Nak lebih baik, boleh cuba Set Shaklee Ubat Sakit Sendi. Dalam set ini ada AJHT, Omega Guard dan Ostematrix. Omega Guard bertindak sebagai anti radang, menurunkan kolestrol dan menjaga kesihatan jantung. Ostematrix pula sumber kalsium terbaik. Menjaga kekuatan tulang, mengelakkan kejang atau kebas, juga pelancar bahan buangan badan. Nak tahu lebih lanjut boleh klik di sini


SEBARANG PERTANYAAN DAN PESANAN BOLEH HUBUNGI SAYA:

NURUL AQIDAH AZAHAR
(YOUR TRUSTED SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR)
SMS/WHATSAPP: 0174636210
EMAIL: Aqidgirl_88@yahoo.com

RAWAT KENCING MANIS

MERAWAT KENCING MANIS ANDA DENGAN VIVIX SHAKLEE

Vivix™ adalah minuman campuran botani merupakan revolusi terbaru di dalam pemakanan polifenol. 

Mengandungi campuran unik botani Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol menjadikan Vivix begitu unik. Polifenol adalah kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel anti-penuaan semulajadi.

Vivix atau lebih popular dipanggil sirap Shaklee kerana cecair vivix ni berwarna merah. Vivix Shaklee merupakan supplement anti penuaan terbaik di dunia. Ia berjaya dihasilkan selepas kajian bertahun-tahun oleh Shaklee dan merupakan supplement pertama di dunia yang mampu menembusi DNA manusia. 




Vivix telah terbukti menyelesaikan masalah penyakit2 serius, antaranya :
Diabetes
Kolestrol tinggi
• Penyakit Kardiovaskular (Jantung)
• Tekanan Darah Tinggi
Alzheimer atau nyanyuk
Arthritis, Osteoporosis, Masalah sendi dan tulang
Gout
• Letih
• Metabolisme badan RENDAH (antara sebab sukar turun berat badan)
• Masalah kulit dan bintik penuaan (kedut)
Kanser dan tumor
Katarak dan masalah mata
• Masalah saraf

• Lemah imun tahan daya badan - lambat sembuh

Tapi di sini hanya nak kongsikan bagaimana vivix bertindak pada pesakit kencing manis.

Apa itu Diabetes/kencing manis

DIABETES adalah satu keadaan dimana tahap gula didalam darah anda adalah tinggi dari normal. Ia adalah satu daripada faktor utama untuk mendapat sakit jantung atau angin ahmar....

Terdapat dua jenis diabetes utama:

* Jenis 1 - "Diabetes atau Insulin Dependent Diabetes Mellitus" (bergantung pada Insulin)
o Biasanya berlaku pada kanak-kanak dan remaja
o Biasanya tidak dapat menghasilkan insulin

* Jenis 2 - "Diabetes atau Non-Insulin Dependent Diabetes Mellitus" (tidak bergantung pada insulin)
o Jenis paling biasa ditemui dan lebih daripada 90% penghidap diabetes adalah penghidap jenis ini.
o Selalunya pada orang yang berumur dan berat badan berlebihan.

Bagaimana vivix membantu merawat pesakit kencing manis? Berikut ialah beberapa tindakannya:
  • Vivix membantu membaikpulih sel-sel dalam badan yang telah rosak.Setiap hari sejuta serangan berlaku merosakkan sel DNA manusia. Disebabkan vivix satu-satunya yang mampu menembusi DNA manusia, jadi vivix bertindak membaiki dan melindungi sel-sel DNA manusia dengan efisien.
  • Ramuan vivix membantu meningkatkan pembentukkan mitokondria dan seterusnya menggalakkan peningkatan tenaga di dalam sel.
  • Vivix membantu melambatkan kerosakklan sel dalam badan manusia.
  • Vivix juga membantu melambatkan penuaan sel dan merupakan supplement anti-penuaan yang terbaik di dunia.
Ini adalah salah satu testimoni pesakit kencing manis.


Nak tahu lebih lanjut tentang kencing manis, boleh klik di sini

Sebarang pertanyaan dan pesanan boleh hubungi saya :

NURUL AQIDAH AZAHAR
(YOUR TRUSTED SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR)
sms/whatsapp 0174636210
Email: Aqidgirl_88@yahoo.com

BAYI PRAMATANG,MENYUSUKAN ANAK DI SAAT YANG MENCABAR,HATI IBU RESAH

Assalammualaikum..

Apa itu Bayi Pramatang?

Ikut pada terma perubatan, bayi pramatang adalah bayi yang lahir sebelum lengkap minggu ke 37 kehamilan. Biasanya bayi yang lahir pada minggu 36 atau genap 9 bulan tidak mempunyai apa-apa masalah. Cuma mungkin ada sedikit masalah pernafasan sahaja.

Tapi bagi bayi yang lahir lebih awal dari 36 minggu. Mempunyai lebih risiko, kerana organ dalamannya masih belum matang. Bagi bayi yang lahir lebih awal pada minggu 22 hingga 25, punyai peluang baik untuk terus hidup. Cuma akan terdedah pada risiko ketidakupayaan ringan ataupun berat

Yakinlah pada Allah, Dia Yang Menjadikan, maka Dialah Yang Maha Mengetahui.

Ya, bayi pramatang lebih sensitif. Jadi penjagaannya harus lebih ekstra. Lazimnya bayi pramatang akan diletakkan ke dalam inkubator di NICU.



Apakah Susu Khas Bayi Pramatang?

Tak lain, dan tak bukan adalah susu ibu. Memberikan susu ibu secara eksklusif pada bayi pramatang adalah pilihan yang terbaik dan jimat. Juga langkap paling produktif bagi meransang pertumbuhan dan perkembangan bayi. Kandungan antibodi yang tinggi di dalam kolostrum (susu awal ibu), berfungsi mengelakkan sebarang jangkitan virus atau penyakit pada bayi.

Susu ibu yang kaya dengan kandungan protein akan membantu bayi kecil melawan kuman dan mempercepat proses pembesaran. Juga kandungan susu ibu yang unik akan memberikan keperluan nutrisi yang lengkap dan sempurna pada setiap bayi pramatang.

Yakinlah, tiada susu ciptaan manusia yang bisa tandingi kehebatan susu ciptaan Allah ini.Tiada istilah tiada susu. Melainkan ibu mengalami masalah kesihatan yang kritikal atau tak sempurna secara fizikal.

Stress, tak cukup ilmu dan tidak tahu cara bagaimana mahu menyusukan anak pramatang adalah penyebab utama mengapa ibu memilih susu formula berbanding susu ibu. Oleh itu, semasa hamil hatta sebelum hamil bakal ibu perlu ambil tahu tentang susu ibu. Pergi ke kelas penyusuan, dapatkan bahan bacaan atau guna sahaja internet yang sajikan pelbagai informasi penyusuan kepada ibu-ibu.

Jadi paling utama, bagi meransang pertumbuhan dan pertambahan berat bayi pramatang adalah IBU YANG SIHAT. Hanya ibu sihat emosi dan fizikal sahaja mampu memberikan susu ibu kepada bayinya.

Bagaimana Menjadi Ibu Yang Sihat?

Ibu perlu menjaga kesihatan emosi dan fizikal. Elakkan stress. Makan makanan yang berkhasiat dan seimbang. Usah terlalu fokus pada masalah yang dihadapi. Sebaliknya cari jalan penyelesaian dan mohon agar diberi kekuatan.

Selain makan makanan yang seimbang, ibu perlu mengambil makanan tambahan bagi membantu ibu kekal sihat emosi fizikal. Makanan tambahan yang berkualiti beri kesan baik pada pertambahan berat bayi dan perkembangannya.

Berikut pengalaman ibu yang melahirkan bayi pramatang pada minggu ke 27:

"........saya yang berpantang sendiri berbuat sehabis baik untuk mendapatkan kesihatan yang baik agar dapat menjaganya di hospital, dan menadapatkan nutrisi terbaik agar susu badan yang saya beri padanya dpat memberi manfaat extra buat Fahry. Mujurlah Hospital Miri betul2 menggalakkan penyusuan susu ibu. Hampir kesemua ibu di situ menyusukan bayi pramatang mereka dengan susu badan.


Di wad SCN tu, saya melihat pelbagai ‘ragam’ anak2 pramatang ni.. ada yang berat badan naik-turun. Ada yang sekejap kuning, sekejap OK. macam2 lagilah… Hati saya begitu risaukan Fahry, takut dia terkena jangkitan kuman pada lukanya.

Apa yang saya amalkan semasa pantang, ialah supplement Shaklee iaitu Vita-Lea, B Complex, Vita-C, Alfalfa, Vita-E, Zinc, Carotomax, ESP dan Ostematrix.

Memang saya benar2 struggle untuk besarkan Fahry dengan cepat dan bawa dia keluar dari wad itu."

"..........dengan keizinan dari Allah, berat badan Fahry naik dengan begitu baik, purata 30g sehari. Malah luka di betisnya sembuh! Tulang yang terkeluar itu tercabut dengan sendiri meninggalkan kulit yang cantik!

Perkembangan Fahry menarik teman sebilik saya.. katanya bayinya dah lebih sebulan keluar inkubator tapi masih belum dapat pulang kerana berat badan masih naik-turun. Lalu saya berkongsi Vita-Lea dan ESP dengan beliau. Alhamdulillah, seminggu selepas itu mereka selamat pulang ke rumah "


Insyaallah, jika kita yakin pada-Nya dan berusaha. Pasti langit mendung akan segera pergi. Allah ganti pula dengan pelangi indah. Lagipun memang telah Allah janjikan setiap kesedihan, pasti disusuli dengan kegembiraan. Jadi sebagai hamba Allah, bijaklah untuk membuat pilihan.




Perkara Lain Bagi Menjaga Bayi Pramatang?

1. Persekitaran 


Pastikan suhu bilik sentiasa 27°C dan bersih. Ini kerana kulit bayi pramatang amat nipis dan tak mampu simoan haba badan. Pakai baju dan seluar yang panjang, sarung kaki dan topi bagi mengekalkan haba. Jauhkan dari mereka yang batuk atau selsema.


2. Posisi Tidur 

Posisi tidur mengiring adalah yang terbaik. Bayi pramatang mengeluarkan muntah lebih dari bayi yang normal. Tidur terlentang akan meyebabkan risiko tersedak muntah.

Yang selebihnya, sama seperti penjagaan bayi baru lahir. Cuma ibu atau ayah perlu lebih berhati-hati.

Insyaallah bayi pramatang kamu yang kecil dan sensitif akan membesar menjadi anak yang sihat dan kuat.

Mari lihat video ibu yang menyusukan anak pramatang ini. 



Menyusu Anak Pramatang Memang Mencabar, Apa Yg Perlu BUAT? from iReach HD on Vimeo.

Sebarang pertanyaan dan pesanan boleh hubungi saya:

NURUL AQIDAH AZAHAR
(YOUR TRUSTED SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR)
sms/whatsapp 0174636210
Fanpage : Mummysupplementshop
Email : Aqidgirl_88@yahoo.com

*setiap pembelian anda wajib akan mendapat konsultasi percuma yang berterusan dari saya.

TIPS BANYAKKAN SUSU DENGAN CEPAT

7 Langkah Banyakkan Susu Badan Dalam Masa 7 Hari Sahaja

1-Minum Air
Elemen paling penting. Kurang air membuatkan susu yang dihasilkan menyusut. Oleh itu minum air ketika haus. Atau sebaiknya 3 liter air sehari untuk ibu yang menyusukan anak.

2-Mengepam Susu
Salah satu sebab susu kurang adalah tak ikut rutin mengepam dengan betul. Jadi kembali ikut rutin yang asal. Dan sebaiknya pamlah 2 jam sekali. Walaupun hanya angin yang keluar, teruskan mengepam. Ini dilakukan untuk memberi ransangan kepada payudara, agar 'signal' mahu susu yang lebih dihasilkan dihantar ke otak. Ambil masa 15-20 minit bagi satu sesi mengepam susu.
Dan sebagai tambahan, buatlah power pumping di antara waktu tengah malam hingga sebelum subuh. Waktu ini hormon prolaktin sangat tinggi. Hormon prolaktin ini adalah hormon bagi menghasilkan susu. Lebih hormon lebih banyak susu dihasilkan.

3-Guna Double Pumping
Pam kedua payudara dalam satu masa yang sama juga membantu membanyakkan susu badan. Ini kerana ransangan yang diterima serentak. Dan kedua belah payudara dapat menghasilkan susu.

4-Menyusukan Terus
Ambil cuti, dan bersamalah dengan bayi. Terus menyusukan dia sekerap mungkin. Dan paling penting, pam 10-15 minit bagi membantu mengosongkan payudara. Payudara yang kosong membantu menghasilkan susu yang lebih banyak. Ataupun, ibu boleh membuat tandem nursing-pumping. Maksudnya sebelah payudara menyusukan anak dan sebelah lagi mengepam. Ransangan serentak bermakna lebih susu akan terhasil.

5-Makan Makanan Yang Menambah Susu
Carilah makanan yang berkhasiat untuk banyakkan susu badan. Seperti betik, pucuk manis, tauhu tempe, soya, air horlick, ketam, durian atau apa saja yang membantu. Sebelum makan, bacalah bismillah dan selawat, agar makanan-makanan ini akan memberi manfaat susu badan kembali banyak.

6-Berdoa
Yakinlah susu ibu ini adalah rezeki dari Allah. Jadi bila ditimpa cabaran susu kurang. Berdoalah padanya agar susu kembali banyak. Dan cukup untuk anak. 
Pohon sungguh-sungguh. Bukan sekadar 'Ya Allah, banyakkanlah susu aku, tapi kalau takde juga aku berserah'. Berserah sebelum usaha adalah putus asa. Jadi berusahalah dan berdoa ya ibu-ibu.

7-Ambil Supplement
Amat penting, kerana mengepam dan menyusukan memerlukan ibu sihat dan bertenaga. Bayangkan jika ibu lemah, kurang tenaga, bagaimana nak berjuang kembalikan susu yang dah kurang? Untuk masalah susu kurang, digalakkan untuk mengambil Set 3 M Shaklee. 

Set ini mengandungi VitaLea, B Complex, Vita-C, Alfalfa, ESP dan Ostematrix. Kebaikan set ini adalah:
  • Ibu tak letih walaupun berjaga malam mengepam susu
  • Ibu tak letih di pejabat walaupun pam susu beberapa kali
  • Susu kurang akan kembali banyak
  • Anak nak meragam kerana susu cukup
  • Tak perlu beli susu formula, buat back up susu tak cukup
  • Berat badan anak cantik
  • Anak tak kurus, malah tampak berisi dan gebu
  • Ibu yang terlebih berat badan, boleh kembali slim
  • Ibu jadi lebih cergas, bertenaga 
  • Kulit ibu makin cantik
  • Dan kerja di rumah juga tak terabai, juga...
  • Paling penting bila suami ajak bersama, ibu taklah paksa rela lagi. Menambah erat hubungan kasih sayang.

Langkah banyakkan susu badan dalam masa 7 hari ini tidak akan menjadi sekiranya:
1-Kurang minum air
2-Tak ikut rutin mengepam
3-Berfikiran negatif
4-Dan tak bersungguh mahu menyusukan anak

Tak salah berkorban sedikit wang ringgit untuk kembalikan susu ibu. Dari terpaksa melabur duit membeli susu formula yang makin mahal di kedai. Salah satu tanda ibu berjaya, apabila melihat anaknya yang membesar atau sedang membesar, ibu tersenyum kerana tahu yang dia telah berikan yang terbaik untuk anaknya. Iaitu susu ibu.

SEBARANG PERTANYAAN DAN PESANAN BOLEH HUBUNGI SAYA:

NURUL AQIDAH AZAHAR
(YOUR TRUSTED SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR)
SMS/WHATSAPP 0174636210
EMAIL: Aqidgirl_88@yahoo.com

TIPS KULIT CANTIK DAN SIHAT

6 Tips Kulit Cantik & Sihat
Semua orang inginkan kulit yang cantik kan? tapi perlu ingat bukan sahaja cantik tapi sihat juga!

Jika anda inginkan kulit yang cantik dan sihat, mesti perlukan sedikit usaha.. Tak susah pun, yang penting kita mesti rajin.

Kat bawah ni kami bagi 6 tips camana anda nak dapatkan kulit yang cantik lagi sihat ^_^


1. Makan makanan berkhasiat.
Hindari atau kurangkan makanan yang mengandungi lemak dan berminyak. Kamu juga perlu menghindari makanan yang boleh menyebabkan punca kepada masalah jerawat dan berminyak. Contohnya kentang goreng dan minuman soda. Kamu perlu mengenalpasti makanan yang tidak perlu untuk tubuh kamu. Ini disebabkan setiap orang mempunyai keperluan yang berbeza. Kalau rasa kamu makan coklat hari ni, esok timbul jerawat. Hindari dari makan coklat. Banyakkan makan buah dan sayuran. Pengambilan suplemen yang betul juga perlu untuk menambah keperluan nutrisi seharian contohnya Vitamin C dan Vitamin E yang amat terkenal sebagai antioksidan dan juga vitamin untuk kulit cantik di mana untuk melawan radikal bebas.

2. Bersenam dan Minum Air Putih
Minum air putih lapan gelas sehari dan bersenam secara teratur. Siapa kata anda tidak boleh bersenam setiap hari? Kalau anda merupakan seorang suri rumah, peluang bersenam memang ada. Pastikan semasa mengemas rumah, tutup kipas atau aircond. Biarkan peluh keluar dari tubuh anda. Lakukan aktiviti menyapu, mengemas dan mop lantai sebagai rutin senaman di rumah. Selain anda sihat, rumah pun kemas kan ? jangan lupa banyakkan minum air kerana tubuh kita memerlukan air yang banyak. Kelancaran darah menjadikan kulit kembali berseri. 

3. Cuci muka sebelum tidur
Biasakan anda tidur dalam keadaan bersih. Cuci muka terlebih dahulu sebelum tidur. Anda juga boleh menggunakan krim malam untuk membaiki tekstur wajah atau melembapkan kulit. Sekali seminggu gunakan pupur wajah. Jangan pula anda tidur dengan makeup masih di muka!

4. Tidur yang cukup. 
Tidur lapan jam sehari amat penting. Ianya bertujuan untuk merehatkan badan agar sistem tubuh berjalan dengan baik. Jika anda tidak cukup tidur, anda akan menghadapi masalah jerawat dan tubuh lesu dan tidak bermaya. Selain itu, anda akan mula dikenali sebagai 'Pandawoman' disebabkan wujud lingkaran gelap bawah mata! 

5. Lindungi kulit daripada Matahari. 
Penting untuk kita melindungi kulit dari sinaran cahaya matahari. Ianya untukmengelakkan muka menjadi merah, terbakar dan timbul garis kedutan. Pakai krim tabir suria sebelum anda keluar rumah setiap hari.

6. Berhenti merokok. 
Hey ladies! jangan merokok. Tak cun tau! sbb rokok mengandungi banyak bahan kimia yang merbahaya! bukan takat kulit malah badan anda pun akan rosak!

6 tips di atas adalah tips asas yang amat mudah untuk dilakukan bukan? Hanya perlu usaha dari kita sahaja...Oleh itu, jangan malas-malas ya...ingat bukan senang nak cantik..^_^

Tips yang pertama ada menyebut tentang pengambilan Vitamin C dan Vitamin E kan? Nak tahu tentang vitamin-vitamin tu bagaimana boleh bantu anda bebas parut dan jadikan kulit lembut dan halus. Anda boleh try set kecantikan Shaklee..

SEBARANG PERTANYAAN DAN PESANAN BOLEH HUBUNGI SAYA:

NURUL AQIDAH AZAHAR
(YOUR TRUSTED SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR)
SMS/WHATSAPP 0174636210
EMAIL: Aqidgirl_88@yahoo.com