TIPS BANYAKKAN SUSU DENGAN CEPAT

7 Langkah Banyakkan Susu Badan Dalam Masa 7 Hari Sahaja

1-Minum Air
Elemen paling penting. Kurang air membuatkan susu yang dihasilkan menyusut. Oleh itu minum air ketika haus. Atau sebaiknya 3 liter air sehari untuk ibu yang menyusukan anak.

2-Mengepam Susu
Salah satu sebab susu kurang adalah tak ikut rutin mengepam dengan betul. Jadi kembali ikut rutin yang asal. Dan sebaiknya pamlah 2 jam sekali. Walaupun hanya angin yang keluar, teruskan mengepam. Ini dilakukan untuk memberi ransangan kepada payudara, agar 'signal' mahu susu yang lebih dihasilkan dihantar ke otak. Ambil masa 15-20 minit bagi satu sesi mengepam susu.
Dan sebagai tambahan, buatlah power pumping di antara waktu tengah malam hingga sebelum subuh. Waktu ini hormon prolaktin sangat tinggi. Hormon prolaktin ini adalah hormon bagi menghasilkan susu. Lebih hormon lebih banyak susu dihasilkan.

3-Guna Double Pumping
Pam kedua payudara dalam satu masa yang sama juga membantu membanyakkan susu badan. Ini kerana ransangan yang diterima serentak. Dan kedua belah payudara dapat menghasilkan susu.

4-Menyusukan Terus
Ambil cuti, dan bersamalah dengan bayi. Terus menyusukan dia sekerap mungkin. Dan paling penting, pam 10-15 minit bagi membantu mengosongkan payudara. Payudara yang kosong membantu menghasilkan susu yang lebih banyak. Ataupun, ibu boleh membuat tandem nursing-pumping. Maksudnya sebelah payudara menyusukan anak dan sebelah lagi mengepam. Ransangan serentak bermakna lebih susu akan terhasil.

5-Makan Makanan Yang Menambah Susu
Carilah makanan yang berkhasiat untuk banyakkan susu badan. Seperti betik, pucuk manis, tauhu tempe, soya, air horlick, ketam, durian atau apa saja yang membantu. Sebelum makan, bacalah bismillah dan selawat, agar makanan-makanan ini akan memberi manfaat susu badan kembali banyak.

6-Berdoa
Yakinlah susu ibu ini adalah rezeki dari Allah. Jadi bila ditimpa cabaran susu kurang. Berdoalah padanya agar susu kembali banyak. Dan cukup untuk anak. 
Pohon sungguh-sungguh. Bukan sekadar 'Ya Allah, banyakkanlah susu aku, tapi kalau takde juga aku berserah'. Berserah sebelum usaha adalah putus asa. Jadi berusahalah dan berdoa ya ibu-ibu.

7-Ambil Supplement
Amat penting, kerana mengepam dan menyusukan memerlukan ibu sihat dan bertenaga. Bayangkan jika ibu lemah, kurang tenaga, bagaimana nak berjuang kembalikan susu yang dah kurang? Untuk masalah susu kurang, digalakkan untuk mengambil Set 3 M Shaklee. 

Set ini mengandungi VitaLea, B Complex, Vita-C, Alfalfa, ESP dan Ostematrix. Kebaikan set ini adalah:
  • Ibu tak letih walaupun berjaga malam mengepam susu
  • Ibu tak letih di pejabat walaupun pam susu beberapa kali
  • Susu kurang akan kembali banyak
  • Anak nak meragam kerana susu cukup
  • Tak perlu beli susu formula, buat back up susu tak cukup
  • Berat badan anak cantik
  • Anak tak kurus, malah tampak berisi dan gebu
  • Ibu yang terlebih berat badan, boleh kembali slim
  • Ibu jadi lebih cergas, bertenaga 
  • Kulit ibu makin cantik
  • Dan kerja di rumah juga tak terabai, juga...
  • Paling penting bila suami ajak bersama, ibu taklah paksa rela lagi. Menambah erat hubungan kasih sayang.

Langkah banyakkan susu badan dalam masa 7 hari ini tidak akan menjadi sekiranya:
1-Kurang minum air
2-Tak ikut rutin mengepam
3-Berfikiran negatif
4-Dan tak bersungguh mahu menyusukan anak

Tak salah berkorban sedikit wang ringgit untuk kembalikan susu ibu. Dari terpaksa melabur duit membeli susu formula yang makin mahal di kedai. Salah satu tanda ibu berjaya, apabila melihat anaknya yang membesar atau sedang membesar, ibu tersenyum kerana tahu yang dia telah berikan yang terbaik untuk anaknya. Iaitu susu ibu.

SEBARANG PERTANYAAN DAN PESANAN BOLEH HUBUNGI SAYA:

NURUL AQIDAH AZAHAR
(YOUR TRUSTED SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR)
SMS/WHATSAPP 0174636210
EMAIL: Aqidgirl_88@yahoo.com

No comments:

Post a Comment

Followers

social network

APDM SAPS