MINI TOUR BADMINTON TOURNAMENT 2024

Assalammualaikum...

Dah sudah hampir dengan penghujung bulan Julai beberapa hari lagi. Sekejap je masa berlalu dan nak hampir hujung tahun pula.

Alhamdullillah, Ida juga sudah selesai mini tour badminton tournament 2024 pada hari Sabtu baru ni. Majlis pun semua berjalan lancar dan masing-masing semua puas hati.


Mini tour ni actually kami bermain sesama kami je tapi tak main dengan pair masing-masing. Kira macam luck la kalau dapat pair yang sekali. Lagipun game ni bercampur dengan yang dah pro, semi pro dan ada juga yang beginner macam Ida.haha. Ida pun memang belum sampai setahun lagi main badminton ni. So boleh dikatakan beginner juga la.

Pair dengan Ida pun pro, nasibla boleh backup Ida yang serba kekurangan masih belajar ni. Yelah mana kadang tak dapat pukul bola, lepas tu tak sempat nak catch up bola tu. Lepas ni memang kena training hard lagi. Nak mantapkan pukulan tu.


hebat Kak Na. Main tangan kidal memang power pukul



Game start pukul 9 pagi dan berakhir dalam pukul 2. Agak lewat juga, sepatutnya habis pukul 12 tengahari tapi biasalah kalau game macam ni. Lagi lama rally, lama la game die.




ni dah finale game


First game tu, Ida pula kena main..aduh gelak besar rasa. Nervous pula kita. Game ni main liga so masing-masing akan main sebanyak 4 kali. Ida kalah 3 game dan menang 1 game. Tapi markah kalah tu memang bukan separuh. Semuanya 20 mata ke atas lawan 30 mata. Bagi Ida takde la pressure sangat sebab memang masih dalam proses belajar. Time ni la tahu mana silap masing-masing kan.

Semi finale Kak Lin/Kak Yana lawan Manja dengan K.yaty. Dan dimenangi oleh team Manja dan akan bersaing dengan Muni/Elmy. Dan keputusan final dimenangi oleh Manja. Bersaing sengit juga sebab masing-masing hebat. Manja dengan smash nya, Muni dengan pandai baca skill pemain lain.

team finale game

Naib Johan ( Elmy/ Muni)

Juara ( Manja/Kak Yaty)


Ketiga ( Kak Yana/Kak Lin, Kak Ngah/Nani)

Makanan sepanjang perlawanan tak lupa, mestilah sentiasa ada. Semua hasil kutipan duit semua orang, jadi semuanya berpuas hati. Kalah memang pun still dapat hadiah dan paling penting semua orang enjoy main.



Semuanya orang dapat hadiah termasuklah anak-anak yang datang. Terima kasih juga pada anak-anak Mummy yang datang teman main. Diorang ni bukan boleh kena tinggal, nak ikut juga mummy pergi mana-mana.haha



Akan datang boleh lagi buat macam ni, serius seronok main kalau tak pressure sangat macam ni. Kalau berbanding masa main friendly dengan Raub tu tak puas hati sebab group Raub tu semunya pro. Memang kena la kami-kami ni. Apa-apa semuanya enjoy and happy. Yeay





Post a Comment

6 Comments

  1. wow! Hebatnya geng mak2 main badminton! Keep it up!

    ReplyDelete
  2. Syoknya main badminton. Masa sekolah menengah wakil sekolah, wakil ITM cawangan jugak. Lepas tu tersadai je racket.

    ReplyDelete