LEKOR BITES CRISPY DENGAN 4 PERISA YANG LEBIH SEDAP, LEBIH RANGUP

 Assalammualaikum..

Setiap kali korang pergi holiday ke Terengganu. Antara makanan yang mesti korang akan cari ialah keropok lekor betul tak? Kalau macam Ida memang stay kat sini, boleh dikatakan memang kerap makan. 




Kali ini Ida nak perkenalkan makanan ringan yang korang boleh beli dan makan di mana-mana sahaja korang berada. Dan semestinya ini sangat sesuai dengan citarasa korang yang universal.



Lekor Bites Crispy yang diperbuat daripada resepi rahsia Terengganu paling asli yang mengandungi 100% ikan segar dan tinggi protein. Ia digoreng menjadi kerepek yang 2 kali ganda lebih rangup, lebih sedap!  Ia terdapat dalam 4 perisa dan 3 antaranya adalah 3 perisa yang baru.





3 jenis tahap kepedasan:

1. Tom yum - gaya Thai pedas. Terasa tomyamnya yang masam masin.

2. Hot & Spicy - pedas biasa. Tidak terlalu pedas bagu Ida tapi sedap.

3. Seaweed Wasabi - gaya Jepun pedas. Rasanya tidak seperti wasabi yang asli yang menyengat hidung tapi bagi Ida ini masih terasa sedikit.





Dan satu lagi ada perisa asli keropok lekor Terengganu. Makanan ringan kebangsaan ini sangat sesuai dibawa dan dimakan di mana-mana sahaja. Di rumah mahupun di luar rumah. 

Kalau Ida sambil layan k-drama mesti la ada kudapan ini, baru la layan kan tengok cerita. Oh ia juga didatangkan dengan sos cili istimewa yang rasanya pedas dan manis. Keropok lekor ini kalau makan dengan sos baru terasa uhmmnya. Betul tak?




Facebook : LekorBites

Shopee : LekorBites

Lazada : LekorBites

1 comment:

  1. kena beli ni...sepatutnya dah sampai di kelantan sbb dekat je kan?

    ReplyDelete