Assalammualaikum...
Ke mana saja korang masa cuti sempena Tahun Baru Cina baru-baru ini? Ida hanya balik jumpa ibu Ida di Johor Bahru kemudian singgah sekali stay rumah kat Port Dickson. Itu pun plan last minute sebab cuaca yang tak berapa mengizinkan.
Masa di Port Dickson Ida bawa anak-anak ke Muzium Tentera Darat di situ. Tak jauh pun, tak sampai setengah jam pun sebab dekat je dengan kawasan rumah. Nak ke Ostrich Farm tapi hujan pula masa tu. Lagipun dah pernah pergi dulu. Itu pun bawa kiddos ke muzium, hujan renyai-renyai.
Ulasan sedikit tentang Muzium Tentera Darat Port Dickson
Nak masuk ke sini percuma ye tapi ada je tabung sumbangan untuk kita bersedekah. Bagus tempat ni walaupun percuma tapi semuanya bersih dan terjaga rapi. Banyak perkara menarik boleh belajar sebenarnya kat sini. Bukan semata-mata tentang tentera sahaja.
Tentang sejarah melayu lama, tentang komunis dulu, pasal sejarah kemerdekaan, perikatan dengan PBB semuanya ada tau. Menarik sebenarnya. Tapi tak larat nak baca semuanya sebab pergi dengan kiddos kan. Diorang tengok gambar je.haha
Paling diorang suka tengok senjata pistol semua. Macam lawan game Free Fire katanya.hahaha. Tentang komunis Jepun siap ada terowong bawah tanah. Dan dari awal masuk terowong akan ada kisah pada awal penjajahan sampai tamat. Kalau boleh kat bawah tu buka mask sebab rasa sesak sikit. Yelah duduk bawah tanah kan. Macam mana la tentera komunis dulu duduk bawah tu.
Dan ada juga patung pahlawan dulu seperti Tok Janggut, Mat Salleh,Datuk Bahaman dan banyak lagi. Termasuk la pegawai Inggeris seperti CO R.S.F Walker. Siap ada kapal zaman melayu Melaka dulu juga. Ida ada ambil video, lupa nak snap gambar sebab gelap dalam tu.haha
Kawasan ini luas tau, so kalau korang pergi jangan pakai heels ye, tercabut tapak tu.haha. Tak silap ada dalam 3 atau 4 bangunan bertingkat, dan ada kawasan luar macam tempat pemerhatian tentera dari atas pokok. Kiddos pula jenis memang suka benda macam ni, habis semua bangunan masuk.haha. Nasib la mummy ni boleh catch up lagi diorang. Dengan kenderaan tentera yang besar lagi, kapal pejuang, macam-macam, suka la diorang.
Ini pengalaman yang bagus sebenarnya untuk anak-anak. Akan datang boleh bawa lagi sebab dekat je dan percuma.haha
Muzium ini dibuka setiap hari dari jam 9 pagi sampai 5 petang.
17 Comments
pernah gi sini...dulu masa Ian & Iris kecik...seronok diaorang
ReplyDeletekan..anak-anak suka juga ke sini
DeleteMenarik, tapi tu la, jarang2 pergi PD.
ReplyDeletekalau ke sini boleh la singgah..cuma parking je susah. ida parking depan flat tentera..haha
DeleteAkak yang dekat Seremban ni pun x pernah lagi masuk museum ni..macam.menarik je...
ReplyDeletedah dekat tu boleh la datang sini. selalunya macam tu la..yang dekat pun tak pernah sampai lagi..hahaha
DeleteDalam banyak-banyak muzium. Muzium ni paling best sebab boleh bergambar dengan kereta kebal. Lepas tu senjata semua nampak depan mata. Kawasan muzium pun mesra kanak-kanak. Nanti kalau pergi PD akak nak repeat ke Muzium juga. best kan. hehehe
ReplyDeleteye best sangat. semuanya memang real and original punya tuan milik..
Deletelama x datang sini.. dulu stp kali ke pd mesti singgah.. x pernah jemu
ReplyDeleteye rasanya tak jemu..boleh datang lagi lain kali
Deletememang bagus bawa anak2 pi melawat muzium tentera PD ni. Byk perkara yg kita bakal ketahui...
ReplyDeleteyes betul tu abam kie
DeleteI pernah melawat muzium ini sometime ago, memang very informative and i like the under ground tunnel
ReplyDeletebetul tu..suka juga masuk dalam tu walaupun agak sesak
DeleteAM setuju.. Bila bawa anak2 ke Muzium seperti ini banyak informasi di samping menanamkan sifat cintakan tanah air dan menghargai pengorbanan para perajurit negara..
ReplyDeletekan..anak-anak pun boleh banyak belejar pasal sejarah lama
DeleteAda pi ke muzium ni masa cuti merdeka tahun lepas..Baru tahu ada terowong tu..aihhh tak explore masa ke sini tahun lepas..Kena repeat lagi ni..
ReplyDelete