RAIKAN FIRST TIME SAMBUTAN FESTIVAL DI SEKOLAH

Assalammualaikum... 

Festival pertama kalinya yang dilakukan di sekolah kiddos semalam. Festival ini lebih kurang macam zaman kita sekolah dulu..ada Hari Kantin..Hari Sukan. Semua pembelian menggunakan kupon. Cumanya beza festival di sekolah kiddos, orang luar pun boleh masuk ke dalam untuk bermain.  



Sepanjang minggu lepas memang cikgu-cikgu sendiri sibuk uruskan aktiviti yang akan dilakukan masa festival itu termasuk anak Ida yang sulung memandangakan dia terlibat juga dalam aktitviti nanti. 


Ada macam-macam permainan yang ada untuk anak murid bermain. Jaringan bola jaring, bola sepak, ATV, berbasikal, soopa doopa, face painting, petting zoo, Nerf shoot dan banyak lagi. Dan ada juga persembahan dari sekolah lain yang terlibat. Tak lupa juga ada booth jualan kosmetik untuk mak-mak...hahaha.  





Siapa yang nak buka akaun Tabung Haji, pemeriksaan mata, kesihatan pun ada tau. Jangan lupa jualan makanan juga ada seperti biasa. Meriah sangat semalam walaupun sehari sebelumnya hujan lebat malam tu. Anak-anak yang bermain ATV memang kotor habis diorang. Berlumpur habis badan. 


Pameran pun ada. Macam kita kena menjawab kuiz. Anak Ida si abang tu kena jaga booth Bahasa Melayu. Senang kata booth pembelajaran ni nak uji IQ anak murid di sekolah.  






Si adik ikut Ida memandangkan abang nya kena jaga booth, nak masuk rumah hantu, face painting semua ramai orang. Dia pula jenis tak boleh nak tunggu lama. Jadinya memang tak dapat la nak masuk rumah hantu sedangkan dari awal memang dia nak masuk sangat. 


Orang terhormat pun ada dijemput di festival ni, jadinya ada persembahan dikir barat, persembahan dari sekolah cina dan dari sekolah orang asli. 



Alhamdulillah murid-murid dapat berseronok semalam selepas kita terkurung disebabkan covid. Virus masih ada jadinya kita tetap kena berjaga-jaga. 

1 comment:

  1. Alhamdulillah.. Lama da sekolah tak beraktiviti macam ini kan..

    ReplyDelete