Assalammualaikum...
Sekejap je masa berlalu. Hari ni dah masuk bulan November. Kalau dulu waktu sekolah..nak habiskan masa 1 minggu tu rasa lama sangat tapi sekarang sekejap je.
Kadang kala macam Ida rasa..yelah dulu mana ada gadjet macam sekarang..memang habiskan masa dengan apa yang ada depan mata. Sekarang ni handphone di bawa ke mana-mana. Kalau perasan..setiap hari kita dok scroll media sosial..tengok video..macam post orang. Tak sedar sebenarnya dah 30 minit kita dok macam tu betul tak..
Kalau dulu dalam masa 30 minit tu macam-macam kita buat sampai naik bosan.
Sekarang ni musim tak menentu..sekejap panas..sekejap hujan sampai berangin. Memang hujung tahun macam ni musim banjir dan beberapa tempat memang selalu akan buat persiapan kalau banjir nanti.
Langit kat luar pun selalu mendung je..musim batuk demam tak payah cakap la. Penuh kat klinik. Ida sendiri baru sembuh batuk selepas seminggu batuk kering.
Apa-apa pun Ida doakan supaya korang sentiasa berhati-hati..jaga kesihatan. Pastikan bersenam walaupun sekejap..kekal aktif okay!

moga hari2 mendatang lebih baik dr hari2 yg sebelum ni..aamiin...
ReplyDeleteSetuju. Socmed terutama Tiktok memang banyak makan masa kita. Scroll je tak sedar masa berjalan.
ReplyDelete