FINALLY GET MY DESKTOP FOR WORKSTATION

 Assalammualaikum..

Setelah sekian lama. Kalau siapa yang perasaan dalam entry sebelum ni memang selalu Ida ada bagitahu yang tak dapat nak update blog sangat sebab laptop Ida rosak. Agak susah nak edit dan tulis blog dalam telefon. Alhamdulillah..akhirnya Ida dapat juga my desktop.

Kali ini tak beli laptop tapi ambil desktop. Sebabnya bukan selalu guna laptop di luar. Dan selalunya kalau keluar memang Ida tak hadap sangat dengan gadjet cuma guna untuk ambil gambar je. Lagipun memang Ida ada niat nak beli tablet pada masa akan datang. Jadi kita slow-slow je.


Alhamdulillah semalam desktop ni dah sampai. Dah siap setup semua hari ni juga Ida edit template blog yang baru setelah sekian lama menyepi. Terima kasih ada yang tegur sebab blog Ida macam agak berat mungkin sebab template yang lama.

Tapi agak kekok juga nak tengok skrin besar macam ni sebab dah lama tak guna komputer kan.hahaha. Selama ni tengok skrin laptop dengan handphone je. Set ni semua beli kat Shopee je..alhamdulillah seller balut dengan baik dan tiada apa-apa kerosakan. Warranty pun bagi sampai 1 tahun. Ok la tu kan. Free gift pun dapat


ambil jenis gaming..berwarna-warni



keyboard set sekali dengan mouse, speaker dapat free


Tapi mouse tu rosak..tak boleh nak scroll..boleh tekan kiri kanan je tapi takpe la kan barang free kan. Mouse die tu boleh beli lain.




So macam mana ok tak untuk my workstation kali ni. Lain macam nak buat kerja..nak jadi gamer pula ke..hahaha. Setakat main game biasa-biasa boleh la. Nak main Call Of Duty tu tak pandai.kih..kih. Oh seller ni siap installkan siap-siap Microsoft dengan beberapa game. Boleh request je kat seller tu.


Post a Comment

7 Comments