THE SHEEP SANCTUARY CAMERON HIGHLANDS

Assalammualaikum...

Pada beberapa minggu lepas, Ida ada ke Cameron Highlands sebelum bermula persekolahan. Perancangan ni memang last minute, kebetulan pada masa yang sama..kerajaan umumkan yang dah boleh rentas negeri tanpa perlu surat.

Mulanya risau juga takut jammed sebab mungkin masa ni memang ramai la yang nak balik ke kampung selepas sekian lama. Sampaikan kami bertolak dari rumah pada pukul 4 pagi..hahaha. Sampai sana memang ngam la waktu nak sarapan dan check in homestay. Alhamdulillah memang jalan tak jammed masa tu, on the way nak balik baru la ramai yang naik ke Cameron Highlands.




Entry sebelum ni dah banyak Ida kongsikan tempat menarik di Cameron Highlands ni so kali ini Ida nak kongsikan pada The Sheep Sanctuary ni. Ida sendiri tak tahu sebenarnya sini ada ladang kamping biri-biri.hehe. Rupanya dekat je dengan KEA Farm. Dekat belakang Kea Valley Hotel. Asal la selama ni aku boleh tak perasan pun.



Tiket masuk ke dalam ni ialah RM8 untuk dewasa dan RM5 untuk kanak-kanak atas umur 12 tahun. Nanti uolls akan dapat kupon diskaun untuk aiskrim dan makanan untuk diberikan pada kambing biri-biri nanti. Tapi jangan lupa untuk cuba jaga penjarakkan dan pakai mask. Ingatkan anak-anak supaya jangan terlalu nak sentuh sana sini.



Kawasan bergambar die pun nampak cantik kalau uolls ambil gamabr pada angle yang betul.hehehe. Ada la port die nak bergambar sekeluarga.



Seronok juga dapat masuk ke sini. Serius gebu giler pegang bulu kambing biri-biri ni. Geram rasa. Bila bagi makan diorang tak menjilat macam lembu, just kena pada bibir je. Bila bagi kat seekor, mulanya la yang lain akan ikut sama. Habis di push nya kita nak mintak makanan. hahahah. Tapi hati-hati, jangan duduk belakang kambing biri-biri ni, sekali diorang memancut buang air..macam paip bocor ooo.. Bau die jangan cakap la memang hancing giler. Nasib la seorang budak tu tak kena air kencing kambing biri-biri kalau tak habisla basah dan berbau.



Lepas tu uolls nak beli cenderahati ada la kedai die on the way nak balik tu dan jangan lupa beli aiskrim guna kupon diskaun yang uolls dapat tu.


Kalau Ida lebih suka yang vanilla dan strawberry. Kalau strawberry tu ada rasa macam yogurt sikit. Coklat pun sedap juga takde la manis sangat pun. 

Tempat ini tak la terlalu besar tapi cukup la untuk bagi anak-anak rasai pengalaman pegang kambing biri-biri yang gebu gebas ni.





Uolls kalau nak ke sini senang je kalau nal cari, depan tu pun dah ada pasar so uolls pun boleh beli belah sekali kat sini selepas habis pusing dalam ladang ni.


AddressKea Farm, Brinchang, 39100 Brinchang, Pahang

Tuesday9am–5:30pm
Wednesday9am–5:30pm
Thursday9am–5:30pm
Friday9am–5:30pm
Saturday9am–5:30pm
Sunday9am–5:30pm
Monday9am–5:30pm

Post a Comment

14 Comments

  1. Nak pergi hari tu. Tapi bila tengok ramai orang terus tak jadi. Dengan jalan jammed nyer. Aduh3.

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang jammed sebab dekat dengan kea farm.nasib la masuk aritu xsesak mana pun

      Delete
  2. Ada rancang nak naik aritu, tapi neves plak sebab dah start hujan kan. Nanti ada rezki nak la lawat macam2 lokasi kat CH nie.

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak ke tempat macam ni kena tgk cuaca..kalau hjung thun memang musim hujan..so xleh la pergi

      Delete
  3. bestnya, baru lagi sheep sanctuary ni sebab sebelum ni memang takde..lagi seronokla nak pergi cameron sebab ada tarikan baru, rindu nak ke sana..

    ReplyDelete
  4. baru tempat ni.. nanti boleh terjah.. nampak menarik sangat wohooo

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup kalau tmpt keadaan die memang masih baru..xde la lama sgt buka

      Delete
  5. Dulu pergi rasanya takde lagi kot, lama duluuu.. sekarang bestnya lahaii, boleh pegang-pegang ek biri-biri tu hahahaha

    ReplyDelete
  6. Wah menarik yer. Lama dah x jejak cameron. Byk tarikan baru. Syok ni kalau bawa anak2 ke sini

    ReplyDelete
  7. Ala baru tahu ada Sheep Santuary ni kat sana kalau tidak boleh pergi hari tu naik Cameron juga tak plan tiber2 buat giler naik balik hari wakakakaka....

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..balik hari tu rare..sllu buat naik genting balik hari..naik atas melepak je.hehehe

      Delete