Assalammualaikum...
Siapa tak tahu jenama SAFI. Memang dari zaman sekolah memang dah terkenal jenama ini di mana-mana. Review kali ini Ida nak kongsikan produk serum dari SAFI iaitu SAFI YOUTH GOLD LIFTING GOLDEN C DUO SERUM.
Formulasi serum ringan yang diperkaya dengan kuasa aktif Duo Agen Correcting iaitu gabungan Golden C dan Ceramide 3 yang membantu menegangkan kulit, meningkatkan keanjalan, melindungi kulit dari pengoksidaan, meningkatkan kehalusan kulit dan memperbaiki kulit rosak. Kesan ketara seawal 15 minit menjadikan kulit mukla kelihatan lebih muda, anjal dan berseri.
PACKAGING
Pada pendapat Ida packaging produk ini memang cantik dengan warna bertemakan gold. So kalau pergi mana-mana drugstore warna ini akan nampak menyerlah sebab bukanla warna emas matte tapi agak shiny. Jadi packaging die nampak mewah
TEKSTUR
Tekstur serum ni memang ringan dan tidak terlalu cair atau pekat. Masa apply pada kulit memang sangat cepat menyerap dengan baik. Kulit akan nampak lain lepas dah lama apply.
BAU
Bau serum ni tidak la terlalu wangi tapi ada bau macam madu. Macam sweet-sweet gitu. Macam mana eh nak cakap..manis-manis wangi macam tu.
HARGA
Harga die bagi Ida agak mahal sikit la tapi ok la dengan kuantiti die 30ml. Kebanyakkan serum lain pun harga RM20 lebih tapi kuantiti dalam 10-15ml je.
Siapa yang ada masalah double chin boleh cuba serum ini sebab ia membantu selesaikan masalah itu sehingga 50%. Kulit akan jadi lebih tegang selepas tu.
UJIAN SAINTIFIK DAN KLINIKAL TERBUKTI BERKESAN
50% double chin reduction
92% perceived lifted skin
236% skin damage repair
61.7% antioxidant boost
4x age-defying power
92% perceived lifted skin
236% skin damage repair
61.7% antioxidant boost
4x age-defying power
- Golden C – Antioksidan yang melindungi kulit dari pencemaran luaran merbahaya dan merawat struktur kulit secara mikro dengan menggalakkan regenerasi kulit.
- Nano Emas 24K – Mengembalikan ketegangan dan menghaluskan tekstur kulit untuk kulit yang lembut dan anjal.
- Ceramide 3 – Menguatkan lapisan kulit untuk mengunci kelembapan, menghaluskan tekstur kulit dan meningkatkan seri wajah.
Uolls boleh beli produk ini di drugstore berhampiran atau secara online
20 Comments
pernah pakai safi rania ni... bagus.. harga pun mampu milik.
ReplyDeleteye betul..harga berpatutan la dengan kuantiti die
DeleteWah tdk result klinikal dia mmg sangat memberangsangkan. Safi dah byk produce new produk yg bagus.
ReplyDeleteya betul..banyak produk baru kluar
Deletebanyak juga produk keluaran safi ni ye, dulu pernah try pakai walaupun kita ni laki. alhamdulillah berkesan juga
ReplyDeletehehe..laki pun nak nampak bersih dan segak
Deleteproduk safi memang sudah dikenali sejak dulu lagi malah semakin upgrade. selain harganya masih mampu milik...
ReplyDeleteye betul tu..dah dikenali sejak dulu lagi
Deletei always see safi when i do my shopping at watsons and i have to admit that i am so impressed with how they've evolved. loving their newest packaging and range!
ReplyDeleteyes..same with me
Deletetengah guna.. and nampak menarik.. suka dengan tektur dia... dan brand ni mmg trusted
ReplyDeletebetul..suka tekstur die
DeleteMenarik nie. Boleh nak try sebab nak hilangkan doublen chin yang siap ada twin nie
ReplyDeletehahah..boleh la cuba nanti
DeleteI dah lama tak pakai safi since a year ago.. usually I bagi mak I Je pakai she loves the product.. heee.. banyak dah rangkaian from safi to stay young
ReplyDeletehehe..nanti boleh la cuba maybe sesuai dengan kulit
DeleteProduk safi ni ramai dah kenal dan tahu keberkesanannya kepada kulit wanita asia bagus lah harap lepas ni ia makin berkesan...
ReplyDeletebetul tu sesuai la dengan kulit asia macam kita ni
Deletebanyak dah kan produk safi di pasaran lagi satu diyakini tak ada bahan terlarang. cuma khai tak igt lelaki ada juga ke produk safi
ReplyDeletelaki pun boleh guna takde masalah
Delete