RESEPI KUIH KERIA UBI UNGU CAMERON HIGHLANDS

Assalammualaikum...

Pada post entry Ida sebelum ini, Ida ada ceritakan yang Ida ada ke Cameron Highlands untuk bercuti. Memang kebiasaan kalau ke sini memang Ida suka beli ubi keledek kat sini. Ubi ungu atau ubi oren tu. 




Selalunya Ida beli memang suka kukus je makan masa panas-panas. Kalau makan time musim hujan lagi sedap...rasa suam-suam je perut tu. Tapi kali ini saja Ida nak try buat kuih keria pula guna ubi ni. Try dan error sebenarnya sebab mana la ada orang buat guna ubi ungu kan.

Resepinya sama je dengan resepi kuih keria yang lain cumanya Ida gunakan bahannya ubi ungu campur dengan ubi oren.

RESEPI KUIH KERIA UBI UNGU

Bahan-bahannya:
  • ubi ungu dan ubi oren yang telah dikukus sehingga lembut
  • tepung gandum secukupnya

Cara-caranya:

1. Uolls lenyekkan ubi yang telah dikukus lembut tadi sampai agak-agak lumat. Kalau suka rasa kasar, lumat kasar je.







2. Gaulkan dengan tepung gandunm sehingga uolls uli tu tak rasa melekat sagat pada tangan. Uli lebih lama lebih baik.

3. Selepas tu Ida simpan dalam peti kalau nak buat petangnya. Kalau tak nak,boleh terus bentukkan kuih keria tu macam kuih donut.



4. Pastikan minyak betul-betul panas dan gorenglah sehingga warna die dah naik. Kalau dah terapung tu maknanya dah masak la tu. Lagipun ubi yang uolls rebus tadi memang dah masak pun.

5. Angkat dan toskan minyaknya.

HIASAN GULA KUIH KERIA.

3 sudu besar gula

2 sudu besar air

Korang masak gula dan air tu sampai nampak warna karamel..sehingga berbuih la gula tu. Nak lebih baik guna kuali jenis pan anti lekat tu. Kalau guna kuali biasa tu boleh je tapi takut die jenis hangus. Bila masak tu bagi die jangan terlalu cair atau pekat sangat. Lepas tu masukkan kuih keria yang telah digoreng tadi..jangan lupa slowkan api ye. Buat api rendah je.



Hah masa ni uolls gaul la sampai gula tu jadi betul-betul kering dan berketul. Lenguh juga sebenarnya nak bagi die kering sebab tu Ida kata masa masak gula tadi jangan buat terlalu cair. Bila dah nampak gula die jadi berketul tu..so tutup la api dan dah siap pun!

SELAMAT MENCUBA!

Post a Comment

6 Comments

  1. sedap tu kuih keria ubi. jika di kelate ni kami buat dgn tepung beras pulut.

    ReplyDelete
  2. Ada buat kuih keria hari tu guna keledek purple ni. Tapi bila time nak menyira FAILED!!
    Dulu kin & selamanya tak reti sira kuih. Ha3

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul bab sira tu la kena hati-hati. Mula2 dulu buat jadi lepas tu tak jadi. Ini baru buat plak...nasib jadi

      Delete
  3. nampak sedap tu..kl open order mesti laris..

    ReplyDelete
  4. lama tak buat kuih keria, tapi sejak dah berumur ni mmg kurangkan makan makanan manis dan selalu beli keledek ungu ni buat rebus jer cicah sambal hehee

    ReplyDelete