PROJEK DEKO RUANG KERJA

10:21:00 AM

Assalammualaikum...

Semua orang rasanya mesti ada ruang kerja di rumah kan. Tambah sekarang PDPR memang perlu ada ruang macam ni untuk anak-anak belajar.

Kiddos memang ada ruang belajar diorang dalam bilik tapi biasalah kadang datang juga kat meja kerja kita nak tanyakan apa-apa soalan. Suruh ajar semua.




Sebelum ni ruang kerja Ida di bahagian ruang makan. Jadi kawasan tu agak sempit la, sebab kadang-kadang kiddos nak main pun kat situ. Jadi ruang kerja ditukarkan dalam bilik stor.

Bilik stor ni dulunya hanya letak barang dan tempat gosok baju. Tapi ruang gosok baju tak guna selalu. Jadi fikir nak buat ruang kerja di sini. Tak bestnya bilik ni berdekatan dengan dapur dan bahagian belakang jadinya kadang memang agak panas. Nasib la ada pasang kipas. Maybe akan datang akan pasang aircond bahagian dapur ni, sebab bahagian belakang memang agak panas.



Ida lupa nak snap gambar sebelum jadi Ida hanya kongsikan gambar selepas deko ye. Dah lama fikir nak deko bilik stor ni tapi takde idea. Memandangkan sekarang nak buat ruang kerja, jadinya mula la mission carian deko dalam Pinterest. Fikir nak buat macam aesthetic tapi tak nak la sampai membazirkan. Jadinya Ida mula mengecat dengan cat yang ada.


Cat ini sebenarnya lebihan cat yang Ida gunakan untuk mengecat bilik tidur utama dan ruang tamu depan. Catnya pun masih banyak so tak nak la membazir beli lagi. Bukan murah tau cat nya.

Warna yang Ida gunakan ialah Coral Dune, Wiltshire cream dengan Citronelle. Semua ni jenama Jotun Majestic.

Idea ni Ida cari dalam Pinterest je. Pening juga nak cari corak apa yang okay..last-last Ida buat random je tapi ada juga style aesthetic di situ sikit. Akan datang mungkin akan nampak sikit-sikit organizer bagi nampak lagi tersusun.



Karpet velvet tu Ida beli dari Shopee. Asalnya memang nak beli muatkan ruang kerja tu sahaja sebab sebelahnya ada rak. Banyak barang kat situ dan malas nak mengangkat. Sekali beli besar juga la karpetnya. Nak tak nak kena anglat juga sikit rak berat tu. Asal boleh masukkan karpet sikit. Yang hujung tak angkat dah. Malas nak memunggah balik semua barang. Lepas tu cover rak dengan langsir je.

Meja study ni Ida beli juga kat Shopee, dah lama. Harganya juga tak sampai RM100 pun. Nasib la ngam-ngam dengan ruang stor tu.

Jadinya bilik ni agak selesa juga la untuk kiddos buat kerja sekolah diorang. Musim PKP ni semua idea keluar nak buat. Ini pun Ida tengah fikir nak buat sangkar kucing. Nak upgrade sangkar sekarang.

So...ruang kerja uolls macam mana plak?

Item yang dibeli: Karpet Velvet : https://bit.ly/36ZMtBt Meja study : https://bit.ly/3x4uwfQ



You Might Also Like

9 penggomen

  1. ruang kerja saya simple je, park PC di ruang tamu. buat kerja sambil tengok tv. hihi. Nice jugak convert stor jadi mini office. ada ruang sendiri, lagi semangat nak buat kerja kan

    ReplyDelete
  2. This a cool project. Sronok kalo dpt ruang office yang menarik di rumah kan. Thank you fro sharing your experience.

    ReplyDelete
  3. Memang dah kena ada ruang kerja now kan. Rawlins sebab duduk rumah flat 2 bilik, so ruangannya memang kecil. Just tambah wallpaper hehehe

    ReplyDelete
  4. Menarik. Khai pun suka gak buat transformation ni. Takde keje cari keje. Dlu time skolah simpan duit buat sndiri kenangan semua tu

    ReplyDelete
  5. Meja kerja ni kalau dah deko mesti lagi semangat kan nak buat kerja. Nt nak usha la item2 yang sis guna

    ReplyDelete
  6. Wah bagus ni, i pun dah lama nak revamp my working area, itu lah tengah cari inspirasi dan idea.

    ReplyDelete
  7. Akak rajin betul mengecat rumah. Lepas tu buat design camtu. Selalu saya tengok ramai cat dinding buat design yang pakai salotape tu. Warna campur-campur. Yang akak punya ni kemas dan lebih wider space. Saya suka!

    ReplyDelete
  8. good one ya! Kadang2 nak tukar2 juga kan environment dalam bilik yang kita selalu guna.. so far, i pun dah tukar 2 3 kali arrangement in my study room.. lepas ni maybe tukar color pulak kan..

    ReplyDelete
  9. Walau kecil, janji ada ruang untuk bekerja yang selesa, Sis pun tengah nak buat gak mini opis kat rumah ni.. nak lebih privacy sikit menulis..

    ReplyDelete