RESEPI NASI HUJAN PANAS SEMUDAH ABC

Assalammualaikum..

Resepi mudah lagi iaitu resepi nasi hujan panas. Menu macam ni sesuai kalau dihidangkan masa kenduri atau buat makan-makan dengan saudara mahupun jiran kan. Boleh jadi menu utama masa Hari Raya.



RESEPI NASI HUJAN PANAS SEMUDAH ABC

Bahan-Bahan :

  • 1kg beras basmathi
  • 1 tin susu cair
  • 1.25 liter air
  • 1 s/b chicken stock
  • pewarna merah, kuning dan hijau

Bahan Tumis :

  • Daun Pandan
  • 1 cm halia | dihiris
  • 1 ulas bawang putih | dihiris
  • 2 biji bawang merah | dihiris
  • 2 sudu makan marjerin
  • 2 batang kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 3 kuntum bunga cengkih
  • 3 biji buah pelaga
  • Sedikit kismis

CARA-CARANYA:



1. Cuci beras bersih dan rendamkan selama 1/2 jam. Toskan.

2. Panaskan marjerin dan tumiskan kesemua bahan tumis sehingga wangi.

3. Kemudian masukkan susu cair, air & chicken stock. Kemudian masukkan beras. Gaul rata.

4. Biarkan nasi dimasak sehingga kering seperti biasa.

5. Apabila nasi dah hampir masak, letakkan kismis, pewarna merah, kuning dan hijau di atas nasi kemudian tutup tudung periuk lebih kurang 5 minit.

6. Matikan api & baru kaub balikkan nasi. Hakak tukar je masuk dlm satu besen besar & gaul dalam tu supaya nasi tak patah..dlm proses menukar tu dia akan jadi rata dgn sendirinya semua kaler tu..hihi

P/S: Resepi ni untuk kami wajib ada acar nenas, ayam masak merah & sambal belacan..alhamdulillah cukup lengkap semuanya harini..

Kredit : Che Nor Shyazlinda


Post a Comment

0 Comments