Kalau ke Pahang, lebih-lebih lagi di Temerloh memang tak sah kalau tak singgah makan masakan ikan patin masak tempoyak. Sebelum ni ada je pergi di tempat lain tapi kali ni nak terjah tempat viral di Temerloh iaitu Restoren Go'bang Maju.
Restoren ni berdekatan dengan stesen minyak Petron dan terletak di tepi jalan je. Memang agak susah nak parking tapi ada je tempat parking di belakang kedai berhampiran dengan sungai.
Restoren ni agak besar jugak walaupun ada di tempat jalan je. Masa sampai sana, memang ramai dengan orang. Jadi pastikan jaga jarak uolls ye.
Ada banyak masakan lain di sini tapi paling special masakan ikan patin tempoyaklah. Ida sampai dah waktu tengahari masa tu jadi lauk banyak habis. Ikan patin tempoyak pun dah habis bahagian ekor dan badan, Tinggal kepala je.
Patut jadi tempat viral. Memang sedap...cukup berlemak dan pedas. Nak ikan bakar pun ada ye. Uolls boleh order, nanti diorang bagi alarm bila dah siap order uolls. Senang kan. Selain tu buah-buahan atau pencuci mulut pun ada terjual kat sini. Jadi jangan risau.
Jadi bagi uolls nak cuba masakan ikan patin tempoyak di sini boleh la cuba kat Restoren Go'bang Maju ni. Insyaallah puas hati. Paling penting kena datang awal supaya lauk tak habis.hehehe.
SELAMAT MENCUBA!
32 Comments
makan dgn ulam..sedap kan
ReplyDeleteyup..sedap kalau makan dengan ulam
Deletebetul !
DeleteDekat pahang ni memang famous ikan patin tempoyak. LH yang tak makan tempoyak pun suka makan ikan patin tempoyak. Haha
ReplyDeletehaha..boleh makan la dengan anak tekak sebab macam masakan masak lemak jugak kan.
DeletePatutla viral. Tahap sedap yang melampau ya. Nanti share ngan geng office. Ada yang tanya area mana patin tempoyak sedap. Suh terjah sini je.. hehhee
ReplyDeletesuggest cepat..insyaallah puas hati
Deletesedap yer! Mujur baru jer makan ikan patin kelmarin, kalau tak meleleh gak air liur baca blog ni malam2 gini
ReplyDeletehahaha...boleh la makan lagi pasni
DeleteFuh tgk gmbr sedp tengok.. Kuah pekat.. Dekat sana ikan patin memg famous.. Ada macam2 lagi erk kedai ni..
ReplyDeletebetul kuat pekat. pedAS tu menyengat
Deletefeveret ni.dan mmg nampak sedpa sangat..tak ramai org buat menjadi tapi yang mmg nampak menjadi dan menyelerakan
ReplyDeletebetul2 menjadi..pedas dengan lemaknya
DeleteMenariknya tempat dia. Kalau ke sana bolehlah ajak husband try sini. Dia je yang makan gulai tempoyak. Haha
ReplyDeletehahha..boleh la try makan sini plak nanti
DeleteFavourite ena ni masak tempoyak kalau pegi rumah makcik kat pahang. Kalau ada peluang singgah temerloh ni boleh la cuba plak di restoran ni.
ReplyDeletefeberet jugak tapi jarang masak. so kita makan luar je lah..haha
DeletePeminat2 ikan patin, mmg akan cari dkt temerloj . Confirm sedap. Tapi kena pandai cari kedai jugak kan. Kedai ni nampak mcm best
ReplyDeletebetul tu..siapa peminat ikan patin baru try makan kat sini
Deletebanyak jugak ya lokasi ikan patin tempoyak dekat Pahang nie. nanti nak cuba tempat nie pulak lah kalau balik kampung ayah
ReplyDeleteye memang banyak kedai2 ikan patin kat sini.
DeleteGobang Maju ni dah berkali-kali juga kita makan sini memang antara yang di rekomen terbaik dan juga sedap hehehe lepas ni boleh lah siapa datang Temerloh cuba kat sini..
ReplyDeletekan..memang ramai org kat sini. memang rekemen makan kat sini
DeleteRawlins sejenis yang tak makan patin dan durian so memang tak layan. Tapi ada kawan Rawlins yang hardcore peminat nie. Kang paksa dia try hehe
ReplyDeletehaha..boleh la suggest die restoren ni pula nnnti
DeleteUish mcm sedap pulak ikan patin dia. Tak pernah lagi try. Tapi setakat nk prgi temerloh ni boleh je dari kuantan. Nnti nk ajsk husband la.
ReplyDeletedekat dh tu. boleh la nnti g makan sana
DeleteRuby pernah sekali makan kat sini masa balik kampung. Harga bleh tahan. Sedap pula tu. Nanti nak singgah makan di sana lagi.
ReplyDeleteye btul tu..hrga boleh tahan kan
DeleteSedap tuu... Nnt nak ajak husband pegi la..
ReplyDeletePatin tempoyak mmg favourite AM.. nak nak bahagian kepala.. kalau memberlalu sebelah confirm xperasan dok pulun mkn kepala patin tempoyak.. layannnn...
ReplyDeleteSalam
ReplyDelete