KULIT MAKIN BERSIH DAN LEMBUT DENGAN PENCUCI MUKA ALOE VERA YANG BAIK - HANSAEGEE NATURE

Assalammualaikum...

Bila bercakap dengan produk penjagaan kulit ini, selalunya memang kita akan sentiasa akan teliti dahulu sebelum memcubanya. Baca pengalaman mereka yang telah menggunakannya dan feedback dari mereka agak kita yakin untuk membeli.





Siapa pernah dengar produk atau gunakan produk dari Hansaegee Nature ini?

Produk dari Korea ini sebenarnya sudah agak popular dikalangan orang ramai mahupun artis. Salah satu produk yang paling laris ialah Aloe AC Clean Bubble Cleanser. Ia merupakan pembersih muka jenis buih yang sangat lembut.



Bagi Ida salah satu keutamaan dalam pemilihan produk penjagaan kulit ini juga, kita mesti titikberatkan kandungan dalam produk tersebut yang sesuai dengan kulit kita. Sesetengan orang mungkin alahan pada sesetengah bahan yang terdapat dalam produk kan.

Produk ini menggunakan 10 jenis ekstrak tumbuhan semulajadi. Dan ada 2 bahan utamanya yang sangat penting iaitu Aloe Vera dan Tea tree oil yang memang kita tahu ia sangat bagus untuk kulit.





Aloe Barbadensis Leaf Juice ; Melaleuca Alternifolia (Tea Tree Leaf Oil) ; Salvia Officinalis (Sage) Leaf Extract ; Rosmarinus Officinalis (Rosemary) Extract ; Jasminum Officinale (Jasmine) Extract ; Lavandula Angustifolia (Lavender) Extract

Apa fungsi/kebaikannya?

  • menghilangkan jerawat sekaligus menyelesaikan masalah jerawat.
  • menghalang pembentukan jerawat, malah membersihkan masalah pori-pori secara mendalam dan membantu menyegarkan kulit.

Produk penjagaan kulit Aloe AC Clean Bubble Cleanser ini juga membantu:
  • Keluarkan sisa lebihan sebum dan minyak pada kulit mahupun kulit mati
  • Mengawal minyak
  • Membersihkan secara mendalam ke liang pori kulit
  • Kulit menjadi lembap dan tidak kering selepas digunakan


nampak tak sekali pam je, buihnya terus keluar. 


Pembersih muka ini dalam bentuk cecair, uolls hanya perlu mengepamnya, ia akan segera keluar dalam bentuk buih lembut di tangan. Tak perlu lagi letak air pada sabun. Ia dapat membersihkan pori hingga ke dalam dan memberikan kelembapan pada kulit. Kulit akan terasa sangat ringan dan menyegarkan selepas menggunakannya.



nampak tak buihnya yang lembut dan watery

Ramai yang mungkin fikir pembersih muka dalam bentuk buih ini mungkin tak boleh menanggalkan kotoran mahupun lebihan minyak pada kulit. Malah mungkin ada yang fikir ia akan menyebabkan kulit bertambah kering. Uolls silap ye!

Aloe AC Clean Bubble Cleanser ini sangat lembut dan watery. Jadi ia amat melembapkan pada kulit dan kulit tidak akan menjadi kering. Pembersih muka ini sesuai dengan semua jenis kulit. Macam Ida jenis kulit kombinasi jadi kalau nak cari pembersih muka yang sesuai memang agak susah. Kadang dah guna pembersih muka untuk kulit berminyak pun kulit masih jadi berminyak sehingga mula naik jerawat. Memang sangat stress!


Tapi uolls jangan risau sebab pembersih muka Aloe AC Clean Bubble Cleanser ini sesuai untuk semua jenis kulit. Mahupun bagi mereka yang ada masalah whitehead mahupun blackhead pun sangat sesuai gunakan produk ini.



Sifat pembersih muka ini yang berbuih lembut dan watery amat membantu agar khasiat bahan dalam produk ni mudah diserap ke dalam kulit dengan baik. 



Ini Ida berikan sedikit pendekatan bila uolls gunakan makeup dan cuci dengan Aloe AC Clean Bubble Cleanser

Sudah hampir 3 minggu lebih Ida telah menggunakan produk ini dan terasa seronok selepas menggunakannya. Buihnya sangat lembut dan berbau tea tree. Mungkin ada sesetengah yang alahan pada fragrance tapi jangan risau sebab kandungannya sangat sedikit. Kejap je bau die akan hilang nanti.



Macam Ida memang akan lakukan "double cleansing" setiap malam menggunakan cleansing oil. Selepas buat "double cleansing" Ida terus gunakan Aloe AC Clean Bubble Cleanser ini untuk cuci muka. Dan memang ia sangat membantu untuk buang minyak pada muka tadi. Kulit jadi lembut je.




Cara nak gunakan produk ini sangat mudah

1. Basuh muka dengan sedikit air.

2. Pamkan Aloe Ac Clean Bubbles Cleanser ini di tapak tangan. Tak perlu tambah air lagi ye.

3. Letakkan pada muka dan urut uolls seperti biasa. Tips dari Ida urut muka uolls selama 1 minit supaya kebaikan dalam pembersih muka ini akan menyerap lebih baik ke dalam kulit.





close up dari video, basahkan muka. Pam Aloe AC  Clean Bubble Cleanser ke tapak tangan. Dap..dap pada muka dan gosok macam biasa. Buihnya pun nampak lembut kan

Di bawah Ida ada kongsikan sedikit video pendek yang menunjukkan Aloe AC Clean Bubbles Cleanser dari Hansaegee Nature ni memang sangat lembut.





So uolls yang berminat boleh dapatkan produk ini di link di bawah.





Brand : Hansaegee Nature







Post a Comment

40 Comments

  1. tk pernah dgr brand Hansaegee Nature..oh kena beli secara online ye...ada ramuan aloevear tu best

    ReplyDelete
  2. Makin banyak rave reviews pasal Hansaegee nie. Rawlins dah macam nak terpengaruh nak membeli nie. Hehe

    ReplyDelete
  3. Macam menarik a produk ni! Nak try la nanti hehe.
    btw saya singgah dan follow blog ni ya.
    Jempu mlawat blog saya jika berkelapangan :)

    ReplyDelete
  4. Yaaa ini bagus, sebab Sis sedang gunakannyaa...bergilir-gilir pakai dengan Sis punya Hada Labo hehehehe..bagus ni..yang dah cuba dia tau laa bagusnya..

    ReplyDelete
  5. Nampak lembut sahaja buih cleanser Ini. Thank you for sharing your review on this product ya.

    ReplyDelete
  6. foam cleanser dia nampak soft je. menarik produk ni, thanks for sharing

    ReplyDelete
  7. Nampak bahan-bahan yang dia gunakan tu bagus untuk kulit. Aloevera ea tu.? ha memang bagus. Terima kasih sharing

    ReplyDelete
  8. Muka kita orang laki ni boleh guna ker wakakak boleh tapi lambat sikit kesannya hehehe. Orang perempuan suka lah ada penjagaan kulit yang extra dan lembut ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. laki pun boleh guna..tetap sama. tak smua produk sesuai dgn kulit seseorang

      Delete
  9. Aloe AC Clean Bubble Cleanser ..best cleanser ni..dulu iena pernah pakai :)

    ReplyDelete
  10. tak pernah tau brand ni. nampak menarik je, thanks for the review

    ReplyDelete
  11. rasa macam puas pula tengok sabun cuci muka yang berbuih macam ni heheheh..mesti bersih muka lepas guna kan..heheh

    ReplyDelete
  12. Cleanser aloe ni memang bets. Buihnya lembut bau pun wangi je. Lepas pakai kulit muka memang lembut dan rasa bersih.

    ReplyDelete
  13. Belum pernah cuba produk ini nanti bila pencuci muka dah habis boleh la nak try bila ramai review kata ok.

    ReplyDelete
  14. Cantiknya kulit awakkkk. Suka tengok. Produk HN ni ramai bg feedback best. Akak belum pernah beli lg. Nanti nak cuba.

    ReplyDelete
  15. ni plak tgk cleanser dia tu. berbuih. nampak sgt selesa.
    normally kat kena campur air utk berbuih, kan.
    brand ni aida x pernah jumpa, ida.
    just baca review blogger je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye betul tu..sllu kena letk air baru brbuih. ni trus pam je

      Delete
  16. Byk dgr review brand hansaegae ni bagus2.. Aloevera bagus utk kulit.. Melembap kan kulit.. Bole la pakai nnt

    ReplyDelete
  17. Saya memang penggemar propduk berasaskan aloe vera ni. memang diyakini bagus untuk kulit yang lebih sihat. Nak nak yang guna bahan organic je. Biar mahal sikit xpe.

    ReplyDelete
  18. Pernah guna pencuci muka ni. Best. Berbuih. Membersih secara mendalam.
    Now pakai juga produk hansaegee Nature yang lain. Best juga produk dia.

    ReplyDelete
  19. Pernah nampak kawan guna dia kata best facial cleanser ni. Boleh cuba nanti. Sebelum ni sempat try moisturizer dan cc cream dia je hee

    ReplyDelete
  20. I love bubble cleanser, it gentle and feel good. I have not try this Aloe AC Clean Bubble Cleanser yet, will check out

    ReplyDelete
  21. dramacool
    dramacool
    I was able to find good information from your blog articles.

    ReplyDelete