TOLONG STAY AT HOME, JANGAN BERDEGIL

Assalammualaikum...

Semalam bermula la Kawalan Pergerakan bagi semua rakyat Malaysia. Dan orang pula berpusu-pusu ke pasaraya untuk panic buy. Allah...



Actually malam sebelum tu Ida dah ke pasaraya untuk beli beras, kebetulan beli jugak sedikit makanan untuk stok sebelum pengumuman malam tu. Masa tu memang tak de la rushing sangat nak membeli, memang beli barang yang nak guna dan beli lebih sedikit. Ramainya orang kat pasaraya sampai sardin pun ada yang habis.

Selepas pengumuman tu, keesokkannya kecoh dalam media sosial orang pakat berpusu-pusu membeli. Ada yang ambil kesempatan untuk balik kampung.

Sedangkan dah keluar kenyataan supaya duduk dirumah selama 14 hari. Jangan ke mana-mana jika tiada urusan. Nak membeli cuma seorang saja digalakkan, tak perlu sampai nak bawa anak-anak kecil tu.



Dah disebabkan kedegilan sesetengah pihak, bilangan kes dah bertambah. Please kenapa la degil sangat dan buat sambil lewa hal macam ni. 

Cubalah munasabah diri, duduk dirumah tingkatkan ibadah, banyakkan bertaubat. Rasa sedih jugak sebenarnya, dengan kedegilan orang lain..orang lain yang akan dapat tempias.

Perkhidmatan Perlu (Essential) Di Bawah Perintah Kawalan Pergerakan COVID-19.

1. Pos dan Courier
2. Perhotelan, Homestay dan Penginapan Berbayar
3. Perkhidmatan Atas Talian
4. Restoran, Warung, Penjaja kecil, Foodtruck, Foodcourt dan Restoran Dalam Hotel
5. Pengurusan Hidupan Liar
6. Industri dan Perniagaan Berkaitan Keselamatan / Pertahanan
7. Keselamatan / Pertahanan PDRM dan ATM
8. Peruncitan Kedai Runcit / Serbaneka / Pasaraya / Pasar Awam / Pasar Borong
9. E-dagang
10. Perkhidmatan Kerajaan dan Badan Berkanun
11. Perkhidmatan Kesihatan
12. Penjara / Pusat Tahanan Sementara/ Depo Imigresen / Pusat Serenti / Lokap
13. Perkhidmatan Penyiaran dan Penerangan
14. Perkhidmatan Bomba
15. Perkhidmatan Elektrik & Tenaga
16. Perkhidmatan Pelabuhan dan Lapangan Terbang
17. Perkhidmatan Air
18. Pengangkutan Laut, Darat, Udara (Termasuk E-Hailing)
19. Perkhidmatan Telekomunikasi
20. Perkhidmatan Perbankan, Kewangan dan Bursa
21. Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembentungan
22. Bahan Api dan Pelincir

Perkhidmatan Bukan Keperluan Utama (Non-Essential) Di Bawah Perintah Kawalan Pergerakan COVID-19.


23. Pergerakan Dalam Negara
24. Kemasukan Warga Asing
25. Pembinaan dan Pengubahsuaian


Dan lagi satu, ambil serius langkah pencegahan wabak Covid-19 ni. Pakai mask, kerapkan basuh tangan, pakai hand santilizer.



Kepada semua rakan-rakan, jaga kesihatan uolls. Utamakan kebersihan dan pastikan uolls stay at home kalau takde urusan diluar. Please..bersama-sama la kita hindari wabak covid-19 ni semakin meningkat.

#stayathome #covid-19

2 comments: