KATA MADAH 30#

9:06:00 AM

Assalammualaikum...


Bilamana engkau mahu mencari kawan sejati, maka ujilah terlebih dahulu dengan berpura-pura membuat dia marah.
Bilamana dalam kemarahan itu dia masih berusaha menginsafkan kamu, makan bolehlah englau mengambil dia sebagai kawan. 
Bila tidak demikian, makan berhati-hatilah.

Macam-macam kita dengar dengan kawan sejati ni. Dengan kes viral kebelakangan ni. Banyak sebenarnya macam, kes kawan makan kawan. Kes kawan tipu kawan..macam-macam.

Dengan zaman sekarang yang penuh dengan fitnah, maka berhati-hatikan kalian semua dalam meilih kawan. Tak semua kawan yang baik didepan kita mahupun disisi kita merupakan "kawan sejati". Kadang kala luarannya sahaja baik, tapi dalamannya hanya Allah yang tahu apa niat dia yang sebenarnya.

Jangan terlampau mempercayai sesiapa pun. Berhati-hati la!

You Might Also Like

1 penggomen