REVIEW: DOVE SERUM CONDITIONER HAIR FALL RESCUE

Assalammualaikum...

Dah lama sebenarnya Ida tak review produk ni. Maklumlah blogger biasa-biasa je, bukan sepenuh masa pun. Selalunya Ida banyak dapat produk percuma dari online. Kadang kala ada page akan keluarkan sample dan Ida just mohon je. Memang banyak jugak lah sample yang Ida dapat sebenarnya.

Dalam beberapa minggu lepas Ida ada mohon sample produk ni dan syaratnya Ida kena buat sedikit review dengan gambar serta video. Produk yang Ida terima ialah DOVE serum conditioner hair fall rescue.

DOVE SERUM CONDITIONER HAIR FALL RESCUE



Bab keguguran rambut ni sebenarnya memang agak sebati dengan orang perempuan ni. Dalam kajian juga mengatakan purata keguguran rambut lebih kurang 100 helai setiap hari. Jadi masalah ni memang normal tapi tak normalnya ia sebenarnya boleh menganggu emosi kita tau!

Jom kita baca sedikit pasal produk ni okay!

Dirumuskan dengan Serum Capusles seperti Kelapa, Almond, Argan, Minyak Benih Bunga Matahari, dan Vitamin E yang sangat menyihatkan untuk membaiki rambut yang rosak dari dalam


Dove Hair Fall Rescue + 1 Minute Serum Conditioner menguatkan & mengguatkan rambut yang lemah. Mengurangkan keguguran rambut dan menjadikan rambut lebih kuat, lebih tahan lama dalam hanya 1 minit.

Cara menggunakannya:



Cara ia memang mudah sangat selepas uolls shampoo tu ambil sedikit serum ni sapukan rata pada rambut. Biarkan selama 1 minit dan terus bilas.

Ingredients

Water, Cetearyl Alcohol, Dimethicone, Behentrimonium Chloride, Dipropylene Glycol, Glycerin, Perfume, Gluconolactone, Trehalose, Lysine HCl, Helianthus Annuus (Sunflower) Seed Oil, C10-40 Isoalkylamidopropylethyldimonium Ethosulfate, Sodium Sulfate, Argania Spinosa Kernel Oil, Mineral Oil, Prunus Amygdalus Dulcis (Sweet Almond) Oil, Cocos Nucifera (Coconut) Oil, Tocopheryl Acetate, Hydrolyzed Yeast, Vitis Vinifera (Grape) Fruit Extract, Amodimethicone, Disodium EDTA, PEG-7 Propylheptyl Ether, Phenoxyethanol, Cetrimonium Chloride, Cyclotetrasiloxane, Magnesium Nitrate, Propylene Glycol, Methylchloroisothiazolinone, Magnesium Chloride, Methylarachidic Acid, Methylisothiazolinone, Sodium Chloride, Sodium Benzoate, Acetic Acid, Potassium Sorbate

Review:


Bagi Ida sangat best gunakan DOVE ni sebab baunya memang wangi dan rambut jadi sangat lembut. Keguguran rambut juga sangat kurang dari sebelum ni selepas Ida gunakan. Jadi memang rekemen kepada mereka yang alami masalah rambut gugur ni.


Bagi yang nak cuba dapatkan sample ni boleh visit this website https://www.tryandreview.com/my

Watch it on my Youtube. Jangan lupa subscribed sekali ye. TQ



Post a Comment

2 Comments

  1. Menarik! Conditioner ni a must okay kalau nak rambut cantik hitam pekat melikat gituu. shampoo je mana cukup heh

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup..kita sllu pkai shampoo je. conditioner pun penting sbnrnya.

      Delete