RESEPI AYAM BUTTERMILK YANG MUDAH

Assalammualaikum..

Hari ini Ida nak share dengan uolls Resepi Ayam Buttermilk ni. Sebelum ni asyik tengok orang lain je masak, so kali ni saje nak cuba plak macam rasanya. Ida dah cuba beberapa hari lepas tapi baru sekarang nak kongsikan dengan uolls. So catch it up!

RESEPI AYAM BUTTERMILK YANG MUDAH




Bahan-bahan:

- ayam yang telah digoreng ( nak mudah guna tepung segera Bestari campur dengan sedikit serbuk kari )

- 1/2 tin susu cair ( ikut pada kuantiti ayam yang uolls nak masak )

- bawang merah

- bawang putih

- cili padi

- daun kari

- mentega

- sedikit garam

Cara-caranya:

1. Mula-mula korang panaskan la kuali tu dan masukkan mentega. Tumis bawang putih, bawang merah, cili padi dan daun kari sehingga naik bau.

2. Masukkan susu cair dan sedikit garam. Biar sampai nampak pekat sedikit kuahnya.

3. Masukkan ayam yang telah digoreng tadi dan biarkan sebati sekejap.

4. Dan siap angkat untuk dihidangkan. Makan dengan nasi panas memang terbaik.

So SELAMAT MENCUBA!

6 comments:

  1. simple and sedapkan. anak-anak ammi memang suka lauk ni. tp kalau kita yg tua makan ni rasa muak sikitlah sebab tak berapa nak ada pedas

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau nk senang masak asingkan dengan pedas. Macam ida letak cili padi..anak2 ok je sebab tak pedas sangat

      Delete
  2. Senangnya. tpi tu la org dkt rumah ni tak makanmcm2 ni. Nak try lah buat jugk nnti sekali mana tau tersuka ke kan

    ReplyDelete
  3. Menarik...Dania suka ni kalau makanan yang ada butter or cheese..nanti bleh la akak buat...simple jer menu tu ha

    ReplyDelete