SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA

Assalammualaikum...

Awal sikit Ida nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kat uolls. Takut nanti tak sempat sebab ada buat korban tahun ni.


Raya ni hanya di sini sahaja selalunya tapi selepas korban raya ke-2 nanti insyaallah Ida bersama anak-anak akan ke Johor. Kebetulan dah lama tak balik jumpa Ibu so ambil kesempatan cuti sekolah ni nak balik sana sekejap.

Musim haji ni kebanyakkan negeri dilanda angin ribut kan. Di utara sampai terbang atap bumbung. Ada jugak yang telah meninggal dunia disebabkan angin ribut tahun ni. Innalillahiwaiinailairojiun...takziah pada keluarga mangsa.

Di Kemaman juga dilanda ribut semalam dan pagi ni. Kuat jugak sampai ada beberapa rumah atap tercabut. Malah di Kota Mekah ketika umat Islam melakukan wukuf di Arafah jugak di sana dilanda angin ribut. Tapi ini semua tak menganggu ibadah mereka di sana insyaallah.

BIla lihat video orang melakukan haji rasa sedih..rindu nak ke sana lagi. Semoga mereka dapat haji yang mabrur dan berharap jugak kita dapat pergi sebelum ajal tiba. Lagi bagus kalau dapat pergi sebelum umur 40 tahun. Insyaallah badan masih kuat lagi nak melakukan ibadah. Tapi itu perancangan Allah..kita hanya merancang, Allah yang tentukan.

Post a Comment

4 Comments

  1. samalah..tgk video dan gambar orang tengah pergi haji rasa macam sebak je. semoga kita tak perlu tunggu tua untuk diizinkan ke sana.

    ReplyDelete
  2. Tengs sharing mummy, nice post. Datang singgah sini nak ucap salam sayang dari blog baru: ematunz.blogspot.com

    ReplyDelete