Assalammualaikum...
Selamat malam semua. Korang buat apa hujung minggu ni? Rehat di rumah sahaja atau keluar berjalan bersama keluarga atau kawan-kawan?
Pagi ni Ida kongsikan sedikit kata madah sebagai nasihat pada kita semua.
KITA TIDAK MAMPU MENGUBAH HATI ORANG LAIN UNTUK BERBAIK SANGKA TERHADAP KITA
TETAPI KITA MAMPU MENDIDIK HATI KITA UNTUK BERSANGKA BAIK TERHADAP ORANG LAIN.
Lumrah kehidupan ramai orang akan yang kadang kala akan bersanga buruk dengan kita, dengan kebaikan. Mungkin ada yang mengatakan kita ni buat sesuatu hanya untuk mendapatkan ganjaran mahupun pujian dari orang tu. Atau mungkin ada orang menuduh kita buat perkara yang kita tak buat. Itulah manusia.
Tetapi sebaik-baiknya manusia tu biarlah apa pun orang katakan pada kita pastikan kita jangan bersangka buruk dengan orang lain.
Didik sebaiknya hati kita ni untuk tidak berasa curiga dengan orang lain. Sebab hatinya yang bersihlah menunjukkan peribadi kita yang bersih. Insyaallah
1 Comments
betul tu. saya setuju sangat
ReplyDelete