Assalammualaikum..
Dah lama rasanya tak uli tepung buat donut ni. Dah banyak resepi donut viral sekarang ni. Ini tiba-tiba terjumpa plak resepi donut cheese ni. So jom kita try nanti.
RESEPI DONUT CHEESE YANG MUDAH
Bahan-bahan:
- 4 cawan tpung gandum
- 3 sudu besar merjerin
- 2 sudu besar susu pekat
- 1 sudu besar gula
- 1/2 cawan air suam
- 1/2 cawan air
- 1 peket mauripan
- Sedikit garam
- Cheese slice
1) Ambil setengah cawan air suam larutkan gula , yis segera dan kacau sehingga sebati . Biarkan sampai yis mengembang dalam 20 minit .
2) Tepung gandum tadi ramas dengan marjerin , susu dan garam sampai sebati .
3) Bila yis dah mengembang . Masukkan yis tersebut ke dalam tepung tadi diselang seli dgn setengah cawan air sehingga menjadi doh yg tidak melekat di tangan.
4) Rehatkan doh dalam 30 minit , tutup doh tersebut dengan kain basah .
5)Selepas 30 minit , doh tersebut dah naik . Tumbuk doh tersebut untuk mengeluarkan angin .
6) Boleh canaikan doh tersebut , jangan tebal sangat dan terlalu nipis sangat . ( untuk cheese saya buat dengan menekapkan menggunakan cawan minuman plastik ). Kalau donut biasa saya gunakan acuan donut .
7) Sebelum menggoreng donut tersebut . Rehatkan donut itu selama 30 minit supaya ia mengembang dengan cantik .
kredit: FB Aneka Resepi kuih-muih
SELAMAT MENCUBA!
2 Comments
wah sedapnya donat cheese..
ReplyDeletehai, selamat bkenalan, saya newbie blogger.
ada masa boleh singgah blog saya. thank u
https://belogmyhidop.blogspot.com/
nampak sedap, teringin nak rasa
ReplyDelete