KATA MADAH 12#

5:03:00 PM

Assalammualaikum...

Selamat petang Ahad semua. Apa korang buat hari ni?

Hari ini Ida nak kongsikan sedikit kata madah buat kesedaran pada kita.



Setiap yang kita lakukan biarlah jujur kerana kejujuran itu terlalu penting dalam sebuah kehidupan.

Tanpa kejujuran hidup sentiasa menjadi mainan orang

Kita ni walau lakukan apa sahaja biarlah jujur dan ikhlas. Jujur macam mana? Kalau pergi kerja, habiskan kerja dan lakukan sebaik mungkin. Jangan nak lepak-lepak, curi-curi masa kerja atau membuang masa. 

Bila boss datang cepat-cepat tunjukkan yang kita ni tengah buat kerja. Kan tak jujur tu? Sampai bulan, dapat gaji macam biasa sedangkan kita kerja pun tak sungguh-sungguh. 

Jadi ingat..jujurlah setiap apa yang kita lakukan supaya akan datang tak menjadi mainan atau diperlekehkan oleh orang lain.

You Might Also Like

4 penggomen

  1. setuju sis.... ada yg jujur ada yg x jujur, biarlah kita jujur dalam apa jua pun...

    ReplyDelete
  2. Kalau jujur hati pun tenang sebab tak serabut nak berlakon dpn org..

    ReplyDelete