Selepas ibu-ibu bersalin mesti akan terasa seperti buncit sikit dan ada terasa sampai cramp pada bahagian rahim kan.Orang tua kata masa ni rahim kita mengembang. Jadi mestilah ibu-ibu nak sangat supaya rahim mengecut semula dengan cepat.
Jadi kalau orang tua-tua memang akan sarankan makan benda yang panas semasa berpantang seperti halia, lada hitam, kulit kayu manis, jintan supaya rahim cepat kecut dan angin keluar.
Di sini Ida nak kongsikan 5 cara kecutkan rahim dengan cepat untuk ibu bersalin.
5 CARA KECUTKAN RAHIM DENGAN CEPAT
1. Menyusukan anak
Ini cara paling Ida rekeman untuk ibu-ibu bersalin supaya rahim cepat kecut. Apabila kita menyusukan anak, kelenjar pituitari merembeskan hormon oxytocin yang berfungsi mengecutkan otot seperti pundi susu dalam payudara. Pengecutan otot ni akan menyebabkan susu bergerak ke bahagian puting susu untuk dihisap oleh bayi. Begitu juga dengan otot rahim. Ia akan membantu mengecutkan rahim kepasa bentuk asalnya semula.
2. Bertungku
Ini cara paling normal ibu-ibu bersalin akan lakukan. Ia bertujuan untuk mengecutkan rahim dan mengempiskan perut. Dalam masa yang sama ia membantu untuk mengeluarkan darah nifas kita supaya tidak ada saki baki darah yang tinggal dalam rahim kita. Malah bertungku juga membantu menghilangkan rasa sakit selepas bersalin. Kalau orang tua kata "rengat".
Selalunya bertungku ini Ida lakukan setiap kali sebelum mandi dan selepas mandi. Tungku di bahagian perut, rahim, paha, pinggang, belakang dan tapak kaki. Ida gunakan tungku besi, tak ingat berapa kg.
3. Berbengkung
Berbengkung ni bertujuan untuk mengempiskan semula perut ibu-ibu bersalin dan mengembalikan bentuk badan yang asal. Yelah selama 9 bulan kandungan anak, besar mana perut kita. Jenis bengkuk sekarang dah ada banyak jenis. Sama ada jenis ikat, zip atau tampal je. Macam Ida dulu guna jenis ikat. Gigih ku ikat sendiri tau, nurse pun puji nampak macam orang lain yang buatkan.hahaha.
Bagi ibu-ibu yang bersalin ceaser, bengkuk ni tak silap Ida boleh pakai selepas 2 minggu. Sebaiknya nanti tanya la nurse atau doktor okay!.
4. Makanan dalam pantang
Ida tak tahu cara korang berpantang macam mana. Macam Ida semua Ida bedal, kecuali seafood. Tapi Ida masa berpantang memang takde la berselera sangat nak makan kari ke apa. Lebih suka makan nasi panas, sup sayur (feberet sup lobak putih), ayam goreng atau ikan goreng. Kalau dapat ikan haruan goreng lagi nikmat.
Petua orang tua kena makan la herba-herba panas seperi lada hitam, halia semua tu. Korang boleh ikut juga tau tapi jangan banyak sangat sebab nanti susu jadi kurang disebabkan terlampau panas. Kesian kat anak. Korang boleh try and error okay sebab tak semua orang sama.
5. Pengambilan supplement
Selain dari pengambilan Set Berpantang Shaklee Ida juga ada tambah pengambilan Alfalfa Complex selepas bersalin. Tapi masa Ida amik 1 minggu selepas bersalin.
Kenapa Alfalfa complex?
- sembuh dari luka
- tingkatkan imuniti
- cergas bertenaga
- tinggi alkali, kurangkan kepedihan perut
- kurangkan kesakitan urat saraf
- bertindak dalam membantu masalah dalaman wanita
pulihkan keintiman wanita (perapat)
- melancarkan peredaran darah
- menghilangkan masalah keputihan
Testimoni ibu-ibu yang amalkan pengambilan Alfalfa complex
Klik di sini untuk pembelian dengan segera
Klik di sini untuk pembelian dengan segera
Sebarang pertanyaan dan pesanan boleh hubungi saya:
(YOUR TRUSTED SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR)
sms/whatsapp: www.wasap.my/60174636210
Fanpage : Mummysupplementshop
Email : chintashoope@gmail.com
No Id: 1074293
*setiap pembelian anda wajib akan mendapat konsultasi percuma yang berterusan dari saya
2 Comments
bertambah ilmu saya
ReplyDeletealhamdulilah
Delete