Pages

KATA-KATA MADAH #3

by - 5:23:00 PM

Assalammualaikum...


Selamat berkerja dan selamat berhujung minggu bagi negei-negeri yang bercuti hari ini. Semalam anak Ida demam tiba-tiba petang ni. Mungkin sebab musim panas dan hujan sekarang, tak menentu. Mula la rasa badan tak sedap. Alhamdulillah hari ini sihat dah, makan pun ok je. Cuma tadi kat sekolah die cakap, die tidur sebab sakit kepala.

Hari ini Ida nak kongsikan kata-kata madah ni


Kekayaan bukanlah satu dosa dan
kecantikan bukanlah satu kesalahan
Oleh itu...
jika anda memiliki kedua-duanya
janganlah anda lupa pada 
Yang Maha Berkuasa

Kata-kata ni Ida tiba-tiba teringat pasal kejadian yang berlau baru-baru ni pada seorang artis yang melakukan pelancaran tudung di Zouk. Mungkin korang pun tahu.

Memang agak terkejut juga bagaimana seseorang itu boleh berfikir untuk buat di tempat macam tu. Jika betul perniagaan dia berjaya dan penampilannya sendiri sebagai seorang yang mereka anggap terinspirasi dengan kisah dia melakukan penghijrahan dulu, kenapa tempat itu juga dipilihnya.

Katanya itu yang ada ikut bajet. Macam tak kena je. Apa salahnya lakukan pelancaran di butik sendiri atau di hotel yang berlambak ada di Kuala Lumpur. 

Di fikirkan balik, kadang kala kita sebagai manusia ni. Bila kita dah mula berduit, kaya, cantik, orang suka. Sedikit demi sedikit ada perasaan bangga dalam diri kita, riak sehinggakan benda yang salah kita fikir baik. Kita jadi lupa di mana kita bermula, di mana kita sebelum ni. Siapa kita pada pandangan ALLAH . Nauzubillah

Ida bukanlah orang yang alim, atau sangat baik. Dulu pun ada jahatnya tapi walaupun macam tu, memang tak terfikir nak masuk tempat macam tu. Apatah lagi nak lalu.

KIta doakan yang terbaik dan terpelihara iman kita dari melakukan benda-benda yang mungkar. Bukakan mata kita untuk membezakan benda yang baik dan jahat. Insyaallah


You May Also Like

2 comments

Sponsor