8 KESAN MEROKOK KEPADA KESIHATAN DAN ORANG LAIN

Assalammualaikum...

Perbuatan merokok ni seperti perkara biasa bagi masyarakat sekarang mahupun di Malaysia ataupun di luar negara. Bagi mereka ini la "trend" sekarang, nampak macho kononnya.

Tahu tak kesan merokok ni bukan sahaja akan menyerang individu si perokok itu sendiri malah orang disekeliling mereka termasuk la anak-anak pun akan alami kesannya.



Dan paling menyedihkan merokok ni bukan sahaja memburukkan kesihatan malah boleh menyebabkan kematian. 

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), berkemungkinan apabila menjelang tahun 2020 akan dianggarkan 10 juta orang perokok di dunia akan mati dalam setahun. 




Daripada jangkaan itu, lebih 200 juta kanak-kanak dan remaja yang hidup sekarang akan mati akibat tembakau dan seramai 500 juta yang lain mati disebabkan serangan penyakit yang berkaitan dengan tembakau.

Ngeri kan? 

Tapi bagi perokok tegar ni bukannya mereka ambil kisah semua ni. Semuanya dianggap sebagai "khabar angin" sahaja di telinga mereka. Memang ajal maut di tangan Tuhan tapi diri sendiri yang taknak jaga kesihatan dengan baik kepada nak salahkan takdir.


Di sini Ida nak kongsikan 8 kesan merokok kepada kesihatan dan orang lain

8 KESAN MEROKOK KEPADA KESIHATAN

1. Mati pucuk



Jumlah sperma akan berkurangan atau cacat. Nikotin dalam rokok menyebabkan saluran darah ke alat kemaluan menjadi sempit dan tersumbat. Dan akhirnya berisiko kepada mati pucuk.

2. Sistem pernafasan



Saluran udara paru-paru bengkak, sempit dan terdapat lendir. Malah menghadkan fungsi paru-paru dan berlaku kesukaran bernafas atau semput. Lebih teruk jika individu itu ada masalah kesihatan seperti alahan, asma dan lain-lain.

3.  Sistem peredaran darah



Saluran darah menjadi sempit boleh menyebabkan tekanan darah dan dengupan jantung meningkat, kadar peredaran oksigen berkurangan. Paling teruk bila darah menjadi semakin pekat dan menyebabkan penggumpalan darah. Dalam keadaan ini berisiko kepada masalah jantung dan strok.

4. Sistem pertahanan badan



Tahu tak sebatang rokok boleh menghapuskan 50-100mg vitamin C dalam badan. Ini menyebabkan seseorang itu kerap jatuh sakit dan luka lambat sembuh.

5. Serangan jantung



Kadar peredaran oksigen berkurangan, salur darah tersumbat dan akhirnya boleh menyebabkan serangan jantung secara tiba-tiba.

6. Kanser paru-paru



Asap rokok mengeluarkan hampir 4,000 bahan kimia beracun dan 53 dari bahan kimia ini boleh mengakibatkan kanser. Merokok juga akan menambahkan risiko penyakit merbahaya seperti kanser paru-paru. Ia merupakan kanser paling kerap dialami golongan lelaki dan amat berkait rapat dengan tabiat merokok.


7. Memudaratkan kanak-kanak



Bagi mereka yang mempunyai anak atau mereka yang merokok dekat dengan kanak-kanak, asap rokok itu boleh menyebabkan otak kanak-kanak menjadi lembap dan terganggu. Malah berisiko kepada masalah kesihatan. Kesian la pada mereka yang sedang membesar. Lebih teruk perbuatan merokok ni mendorong mereka untuk merokok juga pada masa hadapan.

8. Bayi dalam kandungan



Bukan sahaja mereka yang berada di luar. Malah bayi dalam kandungan juga boleh mendapat kesan dari mereka yang merokok. 

Ini kepada ibu hamil yang merokok. Tahu tak, merokok boleh menyebabkan keguguran atau lahir tak cukup bulan. Kesannya sehingga mereka dilahirkan, boleh menyebabkan tumbesaran mereka terbantut. 

Dan mereka yang merokok di sekitar bayi yang masih kecil, anak-anak ni boleh mendapat jangkitan telinga, masalah pernafasan seperti pneumonia dan bronchitis, sudden infant death syndrome (SIDS) dan penyakit meningococcal.

bahan kimia dalam sebatang rokok

Sayangilah diri dan orang-orang disekeliling korang terutamanya keluarga yang tersayang!

Testimoni Vivix Shaklee







Jangan lepaskan peluang dengan pembelian Twin Pack Vivix Shaklee.

Klik di sini untuk pembelian twin pack dengan segera


Sebarang pertanyaan dan pesanan boleh hubungi saya: 

(YOUR TRUSTED SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR)
Email : chintashoope@gmail.com
No Id: 1074293

*setiap pembelian anda wajib akan mendapat konsultasi percuma yang berterusan dari saya

Post a Comment

1 Comments