4 CARA MUDAH KIRA KALORI AGAR TIDAK MAKAN BERLEBIHAN KETIKA DIET

Assalammualaikum...

Ramai orang yang salah faham tentang diet semasa proses nak turunkan berat badan ni. Ada yang suka penurunan badan yang drastik sampai menyeksakan diri sendiri. Sampai masa dah dapat berat badan ideal, makan semula..hah berat dah naik balik 2 kali ganda dari sebelumnya.





Dan ramai juga yang turunkan berat badan ni hanya jaga pemakanan tapi tidak melakukan senaman atau mungkin malas atau tak sempat. Sebenarnya kena seimbangkan semua aspek dalam proses rurunkan berat badan ni supaya dalam berat badan yang ideal.


Kita kena tahu, dalam setiap makanan yang kita makan mengandungi kalori. Apa itu kalori? Kalori ini merupakan unit asas untuk tenaga. Senang kata, kalori ni ialah jumlah tenaga yang dihasilkan melalui makanan dan minuman yang kita ambil dan jumlah tenaga yang digunakan (dibakar) melalui aktiviti fizikal.


Sebelum tu kita kena tahu purata keperluan kalori bagi jantina juga berbeza.
  • Lelaki memerlukan 2000 hingga 2500 kalori setiap hari
  • Perempuan memerlukan 1600-2000 kalori setiap hari
4 CARA MUDAH KIRA KALORI YANG DIPERLUKAN

1. Kira Basal Metabolic Rate (BMR)

Jadi bila nak turunkan berat badan, kita kena tahu juga BMR kita sebab setiap orang berbeza mengikut berat, tinggi dan umur

Contohnya: Puan A: Berat 45kg tinggi 160cm dan umur 29

  • Lelaki : BMR = 10 x berat (kg) + 6.25 x tinggi (cm) – 5 x umur (tahun) + 5
  • Perempuan: BMR = 10 x berat (kg) + 6.25 x tinggi (cm) – 5 x umur (tahun) – 161

Pengiraan bagi Puan A ialah:

BMR: 10 x 45 + 6.25 x 160 - 5 x 29 = 1305

2. Kira Daily Calorie Requirement (DCR)

DCR ni ialah jumlah kalori harian bergantung apa aktiviti yang kita lakukan. Ini kerana semua orang mempunyai aktiviti yang berbeza. Ada yang berkerja di ofis, di luar site, atau mungkin surirumah sahaja.

  1. BMR x 1.2 (kurang atau tiada senaman, kerja di meja)
  2. BMR x 1.375 (senaman ringan/bersukan 1-3 hari/minggu)
  3. BMR x 1.55 (senaman sederhana/bersukan 3-5 hari/minggu)
  4. BMR x 1.725 (senaman berat/bersukan 6-7 hari/minggu)
  5. BMR x 1.9 (senaman berat setiap hari/bersukan dan latihan fizikal atau 2x sehari )

Jadi dengan contoh di atas tadi:

Puan A ni merupakan seorang surirumah dan melakukan senaman pada hujung minggu sahaja. Jadi beliau dalam kategori kedua iaitu 1.375

Pengiraannya: 

1305 x 1.375 DCR= 1794.37 kalori seharian


Senang kata bila banyak mana kalori kita masuk, banyak itu jugak la yang kena keluar. Walaupun kita makan terlebih sedikit contohnya dalam 100 kalori tapi bila jumlah itu tidAk dikeluarkan dan akan bertambah lagi pada keesokkan harinya. Ia akan tersimpan dalam badan menjadi lemak dan ini bukan akan menurunkan berat badan tapi akan menambahkan lagi berat badan kita.

3. Kira kalori makanan

Macam Ida cakap tadi dalam setiap makanan atau minuman yang masuk dalam mulut kita ni mengandungi kalori. Jadi bagi mereka yang sedang berdiet penting untuk tahu kalori makanan yang korang makan setiap hari.

Korang juga mesti tahu, nak turunkan berat badan mesti amalkan pemakanan yang seimbang. Jadi mestilah cukup protein, karbohidrat, lemak dan vitamin serta mineral yang lain.
  • 1 gram karbohidrat mengandungi 4 kalori
  • 1 gram protein mengandungi 4 kalori
  • 1 gram lemak mengandungi 9 kalori
Contohnya:

YOGURT ( 144 kalori )

karbohidrat - 24.3 gram ( berat ) x4 = 97.2
protein - 5.8 gram (berat ) x 4 = 23.2
lemak - 2.6 gram (berat ) x 9= 23.4




4. Kalkulator Kalori



Nak lebih mudah korang boleh download dalam Google Play kalkulator untuk kira kalori ni. Ada banyak so korang boleh pilih. 



Jadi bila nak turunkan berat badan bukan sahaja kena tengok pada pemakanan kita. Tapi juga pada kadar metabolisma badan kita dan aktiviti yang kita lakukan untuk membakar lemak dalam badan. 

Ada yang diet sampai taknak makan nasi, sebab fikir bila tak makan berat takkan naik. Tapi sebenarnya ia bukan sahaja menyeksakan perut kita tapi akan menganggu sistem dalam badan kita sebab tak dapat zat yang mencukupi. Ini akan menyebabkan datang masalah lain seperti anemia, haid tak teratur dan sebagainya. 

Good luck bagi mereka yang dalam proses nak turunkan berat badan ni. Semoga apa yang Ida kongsikan dapat membantu.


Berminat nak dapatkan set kurus Shaklee??

Sila klik untuk order segera


Sebarang pertanyaan dan pesanan boleh hubungi saya:

(YOUR TRUSTED SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR)
sms/whatsapp: www.wasap.my/60174636210
Email : chintashoope@gmail.com
No Id: 1074293

*setiap pembelian anda wajib akan mendapat konsultasi percuma yang berterusan dari saya

Post a Comment

2 Comments

  1. Tapi kalau dah mengadap makanan tak ingat nak kira dh.. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha...betul2 bukan calang2 orang kira aklori ni. yg betul2 serius je

      Delete