Assalammualaikum....
Orang kata apa pun kerja yang kta buat memang takkan pernah habis. Kadang kala bila fikirkan tentang kerja yang banyak di pejabat, tekanan yang dihadapi boleh membuatkan motivasi diri kita ni akan menurun dari hari ke hari. Sikap ni sebenarnya boleh mempengaruhi produktiviti seseorang sebagai seorang pekerja.
Jika kita bekerja dalam pasukan yang besar, ini juga sedikit sebanyak akan menganggu motivasi orang lain. Sebenarnya setiap pekerja atau seseorang itu perlu ada sikap semangat yang tinggi bagi kekalkan kualiti kerja kita dan boleh menjadi pendorong pada rakan-rakan pekerja yang lain.
6 TIPS KEKALKAN PRESTASI KERJA
1. Cipta momentum awal
Sebenarnya ini penting untuk memberi kekuatan kita bekerja dan sebagai pemberi semangat. Bila dah sampai petang, tahap mental dan fizikal kita akan menurun. Masa ni hanya tahu nak cepat balik sampai ke rumah. Jadi kekalkan semangat bekerja korang pada waktu pagi supaya dapatkan siapkan semua kerja pada hari itu.
2. Fikirkan gaji
Memang tak dinafikan kita bekerja ni untuk mendapatkan gaji supaya boleh menyara hidup kita. Tapi kita senagai umat Islam tak boleh bekerja fikirkan gaji semata-mata tapi fikirkan kerja bekerja kerana Allah. Apabila kita bekerja dengan niat beribadah kepada-Nya, gaji yang kita terima juga akan menjadi berkat dan tidak akan mengambil sikap curi tulang semasa bekerja.
3. Meningkatkan diri
Tak salah kalau kita ni bercita-cita nak tingkatkan karier kita. Mungkin dari seorang kerani biasa bercita-cita nak jadi pengurus pula. Bercita-cita tinggi ni sebenarnya membantu meningkatkan motivasi diri kita di tempat kerja. Ia dijadikan sebagai pendorong atau semangat untuk kita majukan diri kita kepada yang lebih baik.
4. Anggap rakan sekerja sebagai pesaing yang sihat
Anggap rakan sekerja sebagai pesaing bukan la bermakna kita nak menjatuhkan sesama sendiri. Tapi berlumba sesama sendiri untuk lebih berjaya. Jangan ada sikap hasat dengki tetapi sikap ingin berjaya lebih baik dari orang lain.
5. Bercakap dan bertindak positif
Bila duduk dalam suasana tempat kerja ni kadang kala ada sesetengah orang yang suka berbual kosong, mengumpat sesama sendiri dengan rakan sekerja. Sebaiknya elakkan diri dari bergaul dengan orang-orang macam ni, bersikap negatif. Sebab sikap orang disekeliling kita akan menyebabkan kita mudah terpengaruh sekali.
6. Pencapaian peribadi
Jadikan pencapaian diri kita ni sebagai benda yang membanggakan. Ini juga salah satu cara untuk motivasikan diri kita. Jadi la seseorang yang kuat bekerja, bercita-cita tinggi dan sentiasa berprestasi baik. Bukan sebagai seorang pengampu dan tidak ada hala tujuan.
Secara ringkasnya, apa pun pekerjaan yang korang lakukan sekarang berjuang la sebaiknya untuk menjadi objektif kerja kita. Supaya kerja yang kita lakukan memberikan kepuasan dan selesa dalam diri.
2 Comments
pencapaian peribadi tu penting jugak.. kena set goal setiap bulan.
ReplyDeletesentiasa beringat..ada orang lain yang masih tercari-cari peluang kerja :)
ReplyDelete