5 TIPS MEMBINA BLOG YANG MANTAP KEPADA PENIAGA

Assalammualaikum...

Blog merupakan salah satu medium yang sangat meluas bagi seseorang sama ada untuk kongsikan pengalaman, resepi, tips dan untuk mereka yang berniaga. Boleh dikatakan juga blog merupakan medium yang sangat bagus untuk peniaga-peniaga kerana kekal dalam jangka masa panjang.



Sesiapa pun boleh membina blog ni termasuk la mereka yang masih bersekolah. Senang kata blog ni mudah sebab boleh bercerita dengan lebih panjang tanpa ada sekatan. Tapi kalau terlampau panjang, orang pun takanak baca kan?hehe

Kenapa BLOG?

1. Merupakan salah satu google marketing yang sangat bagus dan mudah.

2. Diibaratkan sebagai "KEDAI KITA"

3. Pelanggan akan sentiasa mencari kita.

4. Untung pasif dari customer atau senang kata tak banyak cerewet.

Blog ni tak perlukan pengalaman tapi memerlukan tahap ingin belajar yang mendalam dalam dunia blogging ni. Perlu bermula daripada bawah seolah-olah dari baru kita nak buka kedai. Baru nak menatap dalam bisnes, baru nak keluarkan modal dan sebagainya.


Kalau perasan banyak juga blog-blog bisnes yang masih berada dalam carian google selama bertahun-tahun sedangkan ada antara mereka sudah tidak berniaga lagi. Itu la hebatnya KUASA MARKETING BLOG ni. 

Bagaimana nak membina blog yang mantap?

1. Nama yang baik



Jangan la letak nama yang pelik-pelik sampai susah nak sebut dan untuk ingat. Letak nama yang baik atau positif. Nama kita pun bagus kan. Ada makna yang baik.

2. Tajuk entry blog


Tajuk entry blog yang boleh menarik orang nak membaca. Mungkin boleh tengok dalam search engine, carian yang ramai orang akan google. Contohnya resepi atau tips. Bagi yang berbisnes, tulis tajuk yang berkenaan dengan produk korang.

3. Konsisten menulis



Pentingnya konsisten menulis ni sebab nak bagi Google kenal dengan blog kita untuk naik dalam carian pertama (first page google). Sama macam kita nak buka kedai, kalau korang diam je ada ke orang nak tahu kedai korang, jual apa. Sama juga macam blog. Lagi kita selalu "tunjuk muka", orang akan kenal kita.

4. Bercerita bukan berfakta


Sebenarnya ramai orang yang suka blog yang lebih kepada santai. Bercerita seakan-akan bercakap satu sama lain. Sama juga macam korang di sekolah, kalau cikgu cerita bab sejarah..mula la rasa nak mengantuk. Melainkan cara cikgu bercerita tu secara santai, ada lawak-lawak skit. Mesti anak murid pun akan suka kan?

5. Popularkan blog



Maksud popularkan blog ni, korang mesti iklankan blog korang pada orang ramai. Bukan sekadar menulis syok sendiri. Bagaimana? Korang kena la tinggalkan jejak atau blogwalking blog-blog yang lain. Bukan perkenalkan korang sebagai peniaga tapi sebagai kawan. Komen blog lain yang berkenaan dengan apa yang blogger tu tulis. Bukan cakap "hi saya jual bla..bla..." Ko rasa ada ke orang nak layan?

Ini antara 5 tips membina blog yang Ida boleh kongsikan hasil dari pengalaman Ida selama beberapa tahun ni. Ida harap apa yang Ida kongsikan dapat membantu orang lain supaya lebih berjaya dalam dunia blog ni. 

Maaf la kalau cara Ida tulis ni macam santai sangat sebab Ida selesa menulis macam ni. Rasa macam bercakap dengan korang.hehehe

SEMOGA INI MEMBERI MANFAAT!

Post a Comment

5 Comments

  1. Nice tips... Ada satu blog bisnes.. Tapi nak maintain menulis tu fuhh. Yg ada ssatu ni pun kematu gak nak update..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu kak..nk maintain menulis tu memang penat nk memikir..sama juga mcm blog biasa

      Delete
  2. ya.. saya turut melakukan ke semua tips yang sis kongsikan di atas.. hee~ memang penat tapi hasil nya menarik juga..

    ReplyDelete
  3. Nak konsisten tu yang payah tu. Datang rasa malas memang tak pandang langsung.

    ReplyDelete