3 CARA PROMOTE BISNES DALAM PASARAN DENGAN MUDAH

Assalammualaikum..

Ada banyak cara untuk mulakan sesuatu bisnes tetapi tak semuanya mudah. Seseorang tu mesti mempunyai hati yang cekal, nekad, tak mudah putus asa dan sebagainya. Senang kata kena ada persiapan diri dari segi fizikal dan mental untuk hadapi cabaran akan datang.



Tak semua orang pandai berbisnes kan. Kalau nak pergi kelas marketing bisnes ni memang mencecah beratus-ratus dan ada juga sampai beribu. Terpaksa ke sini ke sana untuk mencari ilmu perniagaan ni dan bukan boleh dapat dari orang sebarangan tapi tak mustahil yang biasa-biasa tu akan menjadi luar biasa. Betul tak?


Hari ni Ida nak kongsikan sedikit pasal cara promote bisnes korang dalam pasaran dengan mudah. Boleh dikatakan ini perkongsian ilmu yang Ida belajar dari leader-leader Ida. Jadi tak salah kalau Ida nak kongsikan dengan korang. Sebab sekarang ni ramai orang yang berbisnes kan untuk tambah pendapatan.

3 CARA PROMOTE BISNES DALAM PASARAN.

1. Melalui offline

Kalau korang tengok mereka yang menjual secara offline atau bersemuka dengan korang sendiri memang ramai. Ada je yang datang promote kan sewaktu korang makan di kedai berjalan dan sebagainya. Itu la promote secara offline.

3 tips untuk promote secara offline


>> Boleh dikatakan macam korang ni DUTA PRODUK itu sendiri sebab customer nampak korang depan mata diorang. Memang ada orang suka membeli macam ni sebab nak tengok realiti. Bukan sekadar "mainan teknologi". 

>> Buka booth. Ini memang ramai yang buat terutamanya di pasar malam, kat Mall dan sebagainya. Tips kalau korang buka booth, sediakan katalog semua produk dan flyers testimoni. Jangan lupa bagi bisnes kad sekali. Mereka boleh ambil dan tengok di rumah atau tempat lain. Mungkin juga prospek akan simpan untuk akan datang. 

>> Tinggalkan flyers atau brochure di lokasi-lokasi tertentu. Contoh di surau, kedai-kedai atau di tempat penyusuan di mall.

2. Melalui online



Ini ramai yang orang dah buat sekarang. Iklankan produk korang di media sosial seperti facebook, instagram, wechat, dan sebagainya. Sekarang ni zaman teknologi jadi ramai yang sibuk dan lebih suka membeli secara online. Ini lebih mudah sebab korang tak perlu keluarkan tenaga dan modal yang banyak. Sekadar perlukan internet.hehehe.

Tips marketing melalui media sosial



>> Iklan di media sosial dengan nisbah 2:1:1:1 iaitu korang bukan sentiasa iklankan produk korang sahaja. Kongsikan juga benda lain iaitu PRODUK, PERSONAL, AGAMA,TIPS. Senang kata pelbagaikan sharing.

Ini supaya prospek tak bosan nak singgah jenguk kat wall korang sebab memang ada je sesetengah orang yang bosan nak tengok iklan produk je memanjang.

>> Kongsikan benda-benda natural. Contohnya kalau korang jual serum kecantikan. Kongsikan korang sedang memakainya. Boleh juga kalau share kan video tutorial.

>> Kaitkan sharing dengan trend semasa supaya lebih kerap muncul dalam wall followers. Contohnya sekarang musim bola kan. So share la bab bola ni, korang sokang yang mana atau korang tengah tengok bola ke pun boleh kongsikan.

3. Melalui blog



Blog pun dikatakan promote melalui online. Blog ni lebih kurang macam diari korang. Boleh kongsikan dengan lebih details atau terperinci. Rata-rata orang nak membeli suka google, sebab itu la blog ni memang medium yang sesuai untuk promote produk korang

Kelebihan promote melalui blog



>> Sekali korang publish akan terus masuk dalam google SELAMANYA. Selagi korang tak delete entry atau blog korang, ia sentiasa ada dalam google walaupun dan bertahun-tahun lamanya.

>> Pasaran lebih luas sebabnya korang bukan sahaja tertumpu di dalam Malaysia mungkin juga dapat order dari luar Malaysia. 

>> Kebanyakkan customer dari blog ni tak cerewet. Diorang akan cari apa yang diorang nak dah dapat terus deal dan bayar. Takde banyak cerita.

>> Pastikan korang sentiasa update ni. Kalau yang masih baru dalam blog ni kena kerap update supaya google kenal blog kita. Bila ranking dah naik, sebulan 4-5 kali update pun takde masalah.

Jadi ini antara cara korang buat lakukan untuk promote bisnes korang dalam pasaran. Ida harap sedikit ilmu yang Ida kongsikan ni memberi manfaat untuk korang untuk terus berjaya. Tak kira apa pun bisnes yang korang buat, keep fighthing okay!



Sebarang pertanyaan dan pesanan boleh hubungi saya:

(YOUR TRUSTED SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR)
Email : chintashoope@gmail.com
No Id: 1074293

*setiap pembelian anda wajib akan mendapat konsultasi percuma yang berterusan dari saya

4 comments:

Followers

social network

APDM SAPS