5 TIPS MUDAH MINUM AIR KOSONG YANG MENCUKUPI SETIAP HARI

Assalammualaikum...

Air merupakan elemen yang penting untuk tubuh badan kita Ini kerana kandungan air dalam badan manusia adalah 60% hingga 70% dari berat badan. Kandungan air dalam lemak, hanya 10%, tetapi bagi mereka yang obesiti atau berat badan berlebihan, kandungan air dalam tubuh adalah kurang 60% . Jadi pengambilan air yang mencukupi sangat penting bagi membekalkan tubuh yang cergas, sihat dan mampu mendapatkan berat yang ideal.



Tak dinafikan hampir separuh dari rakyat Malaysia memang sukakan benda yang manis. Air manis, makanan manis kononnya nak minum air kosong ni takde rasa. Sehinggakan ada kes seseorang ni tak pernah minum air masak seumur hidupnya. Betul ye..bukan main-main. Air kencing tu dah jadi warna hitam dan sekarang ada di hospital sebab ada kencing manis dan masalah buah pinggang.



Nak minum air manis ke..benda makanan manis ni tak salah sebenarnya tapi ada la had nya. Jangan la keterlaluan sehinggakan abaikan kesihatan sendiri. Akhirnya dapat penyakit, diri sendiri yang merana. 

Ramai yang risau bila dinasihatkan minum air masak banyak ni.

" Eh taknak la minum air banyak-banyak, nanti perut buncit"
" Tak boleh minum air masak banyak-banyak rasa nak termuntah balik"
" Tak sedap minum air masak takde rasa"

Ini la alasan bila disuruh minum air kosong banyak. Bab kata perut buncit tu, yang ko pergi minum 1 liter sekaligus tu siapa suruh. Minum la skit-skit. Bukan setakat perut buncit, nak muntah..kenyang semua ada.


Image result for minum air masak

Bayangkan la korang nak siram pokok bunga, pernah korang siram sebaldi terus. Ranap la pokok bunga tu. Habis rosak. Sama la macam badan kita. 

Jadi disebabkan bab minum air masak ni memang Ida agak sensitif skit.hehehe. Anak-anak pun Ida ajar minum air kosong dari kecil. Asyraf kalau tengok botol air die luak skit je, hah memang kena berleter la dengan Ida. Dan setiap kali diorang makan benda-benda manis, gula-gula..aiskrim dan makan nasi. Memang Ida suruh pergi minum air kosong terus. 



Ini Ida nak kongsikan 5 tips mudah minum air kosong yang mencukupi setiap hari untuk korang

1. Kenalpasti dulu berapa banyak air yang korang perlukan. 1liter air bersamaan 25kg. Jadi kalau korang 50kg minum la 2 liter kan. Tapi Ida suka extra. Minum la 3 liter ke atas. Takde salahmya.

2. Isi air masak dalam botol. Contoh kalau 2 liter sukatan botol tu. So pastikan korang minum sehingga habis setiap hari. Bila dah habis sebotol, isi la lagi air dalam botol tu.

3. Tanam sikap dalam diri untuk jadi lebih sihat dan segar. Tahu kan minum air masak ni membuatkan kita rasa segar je. Lega kalau dapat minum.

4. Bawa la botol air masak tu ke mana-mana sahaja korang berada. Walaupun pergi bercuti pun, letak la air masak dalam beg tu. Kalau Ida masuk bilik tidur pun bawa sebotol air masak.

5. Kalau rasa jenis pelupa ni. Set jam dalam telefon korang setiap sejam untuk minum segelas air atau korang boleh buat cara macam ni

gambar di atas menunjukkan jumlah air yang diminum adalah 3 liter


Tahu tak Institute of Medicine menyatakan bahawa keperluan air orang dewasa lelaki antara 3 liter atau bersamaan dengan 13 gelas air dan bagi wanita dewasa antara 2.2 liter bersamaan dengan 9 gelas air setiap hari.

Jadi korang jangan nak malas-malas minu air kosong setiap hari ye. Bukan untuk orang lain, untuk korang jugak kan supaya jadi orang yang lebih sihat.

SEMOGA INI MEMBERI MANFAAT!

Post a Comment

2 Comments