4 SAIZ RAHIM IBU-IBU SEMASA KEHAMILAN

Assalammualaikum...

Petang santai-santai ni saja Ida nak kongsikan bab saiz rahim ibu-ibu semasa hamil. Bila teringatkan keadaan ketika hamil memang best kan. Rasa pergerakan bayi,dah macam berombak perut kita tu. Tak sangka ada nyawa manusia dalam perut kita yang akan dilahirkan tak lama lagi. Rasa sayu je hati. 



Walaupun ada ibu-ibu yang alami alahan, cramp kaki setiap malam, nak bangun duduk solat pun susah tapi kita ni tak pernah nak merungut. Malah sanggup lahirkan lagi anak banyak kali. Sebab itu la si suami-suami sila hargai pergorbanan isteri korang. Fahami kesakitan diorang alami sepanjang kehamiln, sepanjang masa nak bersalin. 

Kalau tengok citer Korea ada suit untuk si ayah rasai bagaimana konstrasi si isteri masa nak bersalin, memang diorang tak boleh tahan. Kalau la ada suit tu kat Malaysia ni, nak juga bagi ke si suami rasai sekali.( eh ke ada di hospital private kat Malaysia ni, walluahlam)

Related image

Jadi ibu-ibu hamil akan mengalami 3 peringkat trimester dan yang terakhir selepas bersalin. Ini yang Ida dapat dari group ibu-ibu.

4 SAIZ RAHIM SEMASA HAMIL

1. Trimester Pertama

Sekitar 12 minggu kehamilan, saiz rahim adalah seperti limau gedang. Jika ibu-ibu hamil anak kembar dua atau lebih, rahim akan berkembang dan meregang lebih awal. Korang dapat merasai rahim dengan memegang perut.

2. Trimester Kedua

Semasa trimester kedua, rahim akan berkembang sehingga saiz betik. Ia tidak lagi sesuai dalam pelvis korang. Ia akan terletak di pertengahan antara pusat dan dada. Apabila rahim membesar, ia menolak organ daripada tempat asal mereka. Ini mungkin akan menyebabkan sakit­-sakit badan. Tekanan dari rahim boleh menyebabkan pusat terkeluar, tetapi akan kembali normal selepas bersalin

3. Trimester Ketiga

Semasa trimester ketiga rahim akan berhenti berkembang dan menjadi saiz buah tembikai. Rahim mengembang dari kawasan pubik ke bahagian bawah tulang rusuk apabila ibu-ibu mencapai tempoh penuh kehamilan

4. Saiz rahim selepas bersalin

Selepas bersalin, rahim akan secara beransur ­ansur kembali ke saiz dan kedudukannya sebelum hamil. Ia biasanya mengambil masa lebih kurang 6 minggu untuk proses ini lengkap .

Subhanallah! Hebatkan kita sebagai wanita. 

Tahniah pada semua ibu-ibu yang telah banyak berkorban.

Post a Comment

0 Comments