AL FATIHAH PADA ANAK-ANAK SYURGA TAHFIZ KERAMAT

by - 5:09:00 PM

Assalammualaikum...

Baru arini nak update blog.hahah. Lemau nya badan bulan ni nak menaip sebab cuaca yang panas sekarang ni.


Kecoh sejak beberapa hari ni pasal kebakaran yang berlaku di Pusat Tahfiz Keramat. Pada laporan 23 yang terkorban dan 3 orang yang tercedera.

Image result for al fatihah

Hari ini ada pula orang bagitahu yang kebakaran tu berlaku disebabkan perbuatan khianat budak-budak yang tak berpuas hati dan nak membalas dendam.

Paling sedih, suspek yang paling muda ialah budak berumur 12 tahun dan suspek-suspek tu semua tak bersekolah. Nak lagi sedih bila ada tu positif syabu. Allah...luruh rasa hati ni. Anak-anak yang masih muda sudah ada niat nak membunuh...balas dendam.

Tiba-tiba teringat pada kisah-kisah zaman Rasullulah s.a.w yang berusaha untuk melarang maksiat dan kemungkaran tapi ditindas..diseksa oleh kaum yang tak suka dengan perubahan yang berlaku.

Itu la manusia. Bila benda yang baik, memang susah nak terima..nak ikut. Ada kata-kata tu bila kita dah terlalu lama buat kejahatan, hati tu dah keras..tak leh nak terima apa-apa benda yang baik. Nauzubillah

Pada keluarga anak-anak syurga yang terkorban..takziah..al fatihah. Syurga la tempat mu anak-anak..

#sayu yang rasa hati ni sambil menaip..huhuu


You May Also Like

2 comments

Sponsor