PERTAMA KALI BALIK BERAYA KE KEDAH

2:34:00 PM

Assalammualaikum...


Masing-masing mesti kepenatan kan baru balik dari kampung. Jalan raya memang jammed la start dari sebelu raya tu, peh panjang je. Tapi masih dalam keadaan terkawal jugak la takdela sampai berjam-jam.

Tahun ni pertama kalinya Ida pulang beraya di Kedah. Sebelum ni pun beraya di Kedah juga tapi selalunya hari raya ke2 atau 3 baru Ida balik sana. 

Legasi Ahmah & aishah
(sorang je family adik Ida yang lelaki takde)

Kami bertolak malam, so esok paginya Ida sampai la di rumah tok di Jitra. Family bapa sedara semua dah sampai masa tu. Kami lewat skit sebab menyinggah tempat lain dulu.hehe.

Pertama kali juga la mak sedara yang jauh semua dapat jumpa dengan anak-anak Ida. Sepupu ida pun semua dah besar. Dulu last Ida jumpa diorang masih kecik lagi, ada yang dah sekolah rendah dan menengah masa tu. Tapi sekarang semua besar, tinggi dari Ida.hahah. Padahal dulu Ida la lebih besar dari diorang.hehe..

kami sepupu sepapat yang 2 orang tu kira anak buah diorang.hehe

Pak sedara Ida kata, suka tok Ida dengar cucu die nak balik beraya Kedah. Macam-maca tok masak. Al maklumlah Ida ni dah anak sulung, cucu sulung (ayah Ida anak sulung) dan paling tua la. So anak-anak ida cicit sulung diorang la.

semua nya belum berpunya ye kecuali Ida.hahah. Ada yang dah kerja, kolej dan sekolah rendah dan menengah. 

Seronok anak-anak beraya di kampung, yelah depan rumah tok tu sawah padi, memang tengah menghijau la sekarang. Dapat pula balik jumpa lembu, kambing semua kat sepanjang jalan. Suka la diorang.


Tahun ni Ida tegas juga nak balik beraya di Kedah sebab kesiankan tok dan wan la dah lama Ida tak balik beraya sana. Takut tak sempat diorang nak berasa yelah orang tua kan. Teringat pada arwah popo,nasib bulan puasa baru ni Ida tegas nak balik puasa sana juga. So sempatlah jumpa dan cium arwah. Balik Kemaman, arwah meninggal. Memang terkejut sangat masa tu.

Jadi kesempatan ni juga..yelah raya sebulan kan.hahah.Ida ucapkan SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN dan SELAMAT BERKERJA SEMUA..

You Might Also Like

2 comments

Followers

TRAVEL DESTINATION

GRUP MAMA BLOGGERS MALAYSIA (GMBM)

GRUP MAMA BLOGGERS MALAYSIA (GMBM)