BERJALAN-JALAN DI PENANG TIMES SQUARE

Assalammualaikum...

Ini kesinambungan entry Ida yang sebelum ni semasa berasa di Penang. Al maklumla kalau nama pun percutian pendek memang akan menyinggah tempat yang berdekatan sahaja. Planning pun last minute.


Selepas berbuka dan berehat seketika tu. Saja la bawa anak-anak pergi berjalan berdekatan dengan hotel. Dulu ada dengar yang ada robot Transformer dekat Penang ni tapi tak tahu kat mana. Kawan Ida bagitahu tempat die dah tukar, rupanya ada berdekatan dengan Penang Times Square ni. Memang rezeki anak-anak la.


Ingat nak pergi malam tu nampak la lawa skit kan, kot ada lampu tapi takde. Nasib sempat tangkap gambar siang tu dalam jarak jauh. Malamnya Asyarf sorang jelah yang amik gambar dengan Optimus Prime dan Bumblebee. Aqil menangis takut nampak robot tu besar sangat dari die.hehehe.



Selepas tu kitorang masuk ke dalam Penang Times Square ni. Kalau korang pernah masuk Genting mesti akan tahu. Seakan-akan macam kat sana la, ada restoran mewah semua tapi kat Penang Times Square ni ada lukisan dinding yang cantik dan boleh korang bergambar. Lepas tu dekat setiap lorong ada kedai yang jual macam-maca cenderahati dari Thailand, China, Korea, Jepun dan sebagainya. Terasa macam berasa di luar negara. hahaha















Kemain lagi anak-anak posing bergambar. Mummy dengan daddy la yang jadi cameramannye.hehe. Penat juga la pusing dalam ni. Banyak lukisan menarik kalau korang nak bergambar. Kalau bawak camera besar ni habis memory agaknya.hahaha

Actually kan ada banyak tempat yang menarik tapi tak sempat la semua nak pergi sebab rushing masa. Nak berjalan semua tu memang kena holiday betul-betul ke sana. 

Dekat atas Komtar, ada Jurrasic Park atas tu tapi berbayar la. Ida pun baru perasan masa dah perjalanan nak balik tu pun sebab nampak kepala dinasour yang leher panjang tu apa nama dia Brachiosaurus kot. Tapi macam Ida kata la kalau ke Penang ni senang berjalan kaki. Jalan bersimpang siur, en suami kata dah malas nak berpatah balik so lain kali jelah ada rezeki pula bawa anak-anak ke sana.

Post a Comment

4 Comments

  1. Banyak tempat menarik kat penang.boleh msk wishlist

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang bnyk..org hotel tu ada bagi pamplet tempt2 best kalau nk g..

      Delete
  2. wahh best dapat jalan Penang.. Dalam wishlist utk pusing Penang ni..

    yanieyusuf.com

    ReplyDelete