RESEPI NASI AYAM MENU BERBUKA PALING MUDAH DAN SEDAP

Assalammualaikum...

Kalau cakap makanan berbuka di bulan Ramadhan memang banyak. Jadi tak tahu nak makan apa. Kalau ke bazar mesti semua makanan nak dibelinya. Biasala perut dah lapar, nampak apa pun semua nampak sedap.






Dari pergi ke bazar kan lebih baik kalau masak sendiri di rumah. Lebih jimat dan dijamin bersih. Biasalah makanan di luar terdedah dengan macam-macam habuk, takut ada yang termasuk dalam makanan.


Anak-anak Ida pula memang sukakan nasi ayam ni. Kalau masak memang akan tambah nasi la, ayam pula suami suka sangat nak meratah. Kalau beli seekor ayam, tak ke habis dalam masa sehari jugak.hehe..

RESEPI NASI AYAM PALING MUDAH DAN SEDAP



Bahan-bahan:

- ayam
- bawang merah dan bawang putih
- halia
- serai
- mentega
- sayur salad, tomato, timun
- kicap
- sos tiram
- garam
- cili merah

CARA MENYEDIAKANNYA

1. Ayam yang dipotong boleh la direbus bersama-sama dengan bawang merah, bawang putih dan halia yang telah dipotong halus dan serai. Jangan lupa letak garam secukup rasa.

2. Selepas sup tu dah dimasak, keluarkan ayam untuk diperap dengan kicap dan sos tiram. Nak lebih sedap letakkan madu dan sedikit serbuk lada hitam.

3. Nasi pula Ida suka goreng dulu dengan halia dan mentega di atas kuali. Dah sebati semua masukkan dalam rice cooker dan diletakkan sup ayam yang direbus tadi. Boleh jugak letakkn sedikit garam dan pewarna kuning kalau nak nasi ayam tu nampak warna kuning yang menawan.

4. Ayam yang diperap tadi pula nanti bila nak makan baru la digoreng. Tak perlu goreng lama sebab dah masak. Asalkan dah nampak garing skit terus angkat. Kalau lama sangat nanti keras dan kering.

5. Jangan lupa sediakan salad, tomato dan timun yang telah dipotong.

6. Untuk sambalnya, Ida cuma blender bawang putih dan cili merah dengan sedikit cuka dan gula. Dah secukup rasa semua kira ok la kan.

7. Bila nasi dah masak, ayam dan goreng, sayur semua dah siap. Apa lagi makan la.

Ini la resepi nasi ayam paling mudah dan sedap disediakan untuk dihidangkan untuk berbuka nanti.

Nak lagi best dan mudah kalau gunakan Alpha Living 8 in 1 Multi Function Cooker 5L dari Lazada Malaysia ni. 




Dan nak bagitahu korang juga Lazada Malaysia sekarang sedang mengadakan promosi Marhaban Ya Ramadan Riang Raya Sale dari 19 May sehingga 25 June 2017. 



Jadi jangan ketinggalan untuk dapatkan produk yang korang nak dengan harga yang lebih jimat sehingga 90%. Wow!!

Post a Comment

4 Comments