MABIQ RESTAURANT IKAN PATIK TEMPOYAK

Assalammualaikum....

Kisah ni sebenarnya berlaku cuti sekolah bulan lepas tapi sekarang boleh berkesempatan nak kongsikan dengan korang. Biasa la musim panas sekarang ni, kesihatan kurang sikit. Dengan anak-anak lagi. Kadang nak menaip pun takde idea.


Ida suka kongsikan tempat makanan yang menarik jika berpeluang pergi bercuti. Nak juga jadi food hunter sebab Ida memang jenis suka makan.hehehe.


Related image


Ini Ida nak kongsikan tempat makan menarik di Tanjung Lumpur, Kuantan iaitu Restaurant Mabiq Tanjung Lumpur yang menghidangkan makanan utama yang famous iaitu Ikan Patin Tempoyak. 



Kawasan ni kalau tak pandai cari memang susah sebab kawasan die dalam perumahan kampung. Tapi kalau waze je insyaallah jumpa, berdekatan dengan pasar. 

Suami kata dulu ni kawasan madrasah tahfiz tapi dah ditukarkan. Kata mak mertua dulu belakang restaurant ni tempat tahfiz belajar, so bila masuk time makan memang ramai la tahfiz akan datang situ makan.


Image result for mabiq restoran


Hidangan yang dihidangkan memang banyak dan menarik. Kalau suka memang boleh bedal je semua.heheh. Mudah boleh amik lauk sendiri je. Harga pun ikut berapa ekor kita amik, tak kisah la kalau kuah penuh mangkuk ikan seekor. Ulam-ulam, ayam goreng pun semua ada.





Bagi Ida semua makanan die memang sedap terutamanya Daging masak kicap die, rasanya la nama die.hehehe. Ikan patin tempoyak die pun sedap. Suami amik yang jenis bakar pun sama sedap. Peh terlur plak sambil menaip ni. Memang berbaloi la makan kat sini.

Kedai die buka dalam kul 11 pagi tak silap, tu pun dah ramai orang datang. Ida sampai dalam kul 11 tu pun dah ramai siap nak makan dah. Jadi memang agak famous jugak la restaurant ni kan.



Siapa yang terasa nak makan ikan patin tempoyak yang sedap kat Kuantan boleh la singgah di sini ye. Harga pun sangat berbaloi. Kami makan dalam RM50 je untuk 5 orang makan.hehehe.


KG. Peramu 26060 Kuantan
016-9535699

Post a Comment

0 Comments