TIPS MENABUNG:SISTEM 7 JARS

Assalammualaikum...

Hari ni Ida nak kongsikan konsep sistem 7 balang atau 7 jars..

Disebabkan semakin hari keperluan taraf hidup kta semakin meningkat..anak semakin bertambah..makin membesar jadi kita kena la mula fikir langkah yang bijak..



Sebenarnya Ida dan suami dah lama buat tabungan simpanan ni tapi kami tak konsisten. Insyaallah tahun ni nak cuba yang terbaik...

Apa itu sistem 7 jars ni?

tips1. NEC ( neccesity ) iaitu tabungan keperluan harian atau bulanan kita. Barang-barang dapur, bil-bil,anak-anak. Mana nak servis kereta ke..

2. EDU ( educaton ) iaitu tabungan untuk pembelajaran. Kelas tambahan, buku-buku dan sebagainya termasuk la buku2 motivasi atau novel kalau siapa suka membaca

3. LTSS ( long term saving for spending ). Ini tabungan untuk belian yang besar.Contoh kalau nak beli rumah. Nak bayar bukan dalam masa yang singkat kan.. berpuluh tahun baru nak habis. Jangan nak memandai nak orang rumah baru plak..ada kena ketok kepala nanti

4. FFA ( finacial freedom ) iaitu tabungan untuk hari tua nanti. Mana nak pencen..

5. PLAY (leisure). Ini tabungan untuk pergi melancong ke luar negara ke nak bercuti ke..buat family day ke kan..

6. GIVE ( charity ). Kita bila susah atau senang jangan lupa bagi mereka yang lebih susah dari kita. Ini tabungan untuk kita buat kebajikan. Kebajikan untuk dunia dan akhirat kita. Insyaallah

7. PARENTS ( ibu bapa ). Ini salah satu tabungan yang ramai dikalangan kita suka lupa atau tinggal. Berikan sedikit pada ibu bapa kita. Ibu bapa ni tak suka meminta tapi tak salah kalau kita nak hulur sedikit dari bahagian gaji kita.

50% NFC
5% EDU
10% LTSS
5% FFA
10% PLAY
10% GIVE
10% PARENTS

Tak kisah banyak mana pun gaji kita insyaallah 7 tabungan ni kita boleh buat dan takkan sempitkan rezeki kita.

Walaupun 50sen sehari masih boleh jadi RM500 kan?

Jom sama-sama dengan Ida buat 7 jars system ni...

Post a Comment

3 Comments