ANAK KERAP MENYUSU,SUSU AKU TAK CUKUP KE?

4:44:00 PM

Assalammualaikum...

Sebenarnya Ida memang suka kongsikan bab penyusuan ni walaupun Ida bukanla orang yang pakar tapi belajar skit-skit je. Selalunya Ida akan share tips penyusuan dalam facebook. Ada juga Ida pernah kongsikan psal penyusuan dalam entry yang sebelum-sebelum ni. Korang boleh klik pada tips penyusuan. Kali ni Ida nak kongsikan bab kekerapan anak menyusu. Situasi ni selalu berlaku pada ibu-ibu muda.



Anak kerap menyusu sehinggakan ada ibu-ibu akan mula berasa sedih dan tertanya-tanya.

"Adakah susu aku tak cukup?"
"Anak kenyang tak?"
" Perlu ke aku bagi susu formula?"

Situasi ini yang menyebabkan ibu-ibu akan putus atas teruskan penyusuan susu badan dan akan berikan susu formula sebagai langkah penyelesaiannya.



Sebenarnya, anak yang dilahirkan ni memang mempunyai kapasiti perut yang sangat kecil iaitu sebesar kacang pis pada hari pertama. Kalau Ida suka anggarkan perut anak sebesar penumbuknya. Kapasiti perut bayi yang baru lahir untuk susu adalah dalam 20ml sahaja iaitu 4 sudu teh. Kecil kan?

Image result for anak kerap menyusu

Jadi memang normal kalau bayi yang baru lahir dalam bulan pertamanya minum dengan kerap dan sangat banyak. Itu bukan bermakna anak tak cukup susu tapi disebabkan perutnya yang cepat kecil tambahan susu ibu memang mudah dihadam sebab itu la anak cepat lapar dan menyusu dengan kerap. Anak akan kerap menyusu 8-12 kali dalam masa 24 jam pada hari ke-2 hingga ke-5 kelahirannya.

Image result for anak kerap menyusu

Bila anak dah semakin membesar kekerapan anak menyusu itu akan kurang kerana masa ni dia nak mula pandai bermain dan melihat orang disekelilingnya. 

Dan sebenarnya anak kerap menyusu ni sebab dia selesa dengan kita dan ingin berasa rapat. Yelah dah lama dalam perut kan. Kalau perasan ada sesetengah bayi, bila kita letak dia akan menangis..nak suruh angkat baru la diam sampaikan tak boleh buat kerja. Betul tak? Tapi sebenarnya dia nak dipeluk tapi korang janganla manjakan sangat. Susah nanti nak buat apa-apa kerja. Bagi susu dan letak die semula.

Jadi ibu-ibu jangan la berfikiran negatif atau sedih bila anak kerap menyusu dan menangis. Itu normal bagi anak-anak yang baru lahir. Jangan patah semangat dan teruskan penyusuan k...




Klik di sini untuk order segera




Sebarang pertanyaan dan pesanan boleh hubungi saya:

(YOUR TRUSTED SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR)
sms/whatsapp 0174636210
Email : chintashoope@gmail.com
No Id: 1074293

*setiap pembelian anda wajib akan mendapat konsultasi percuma yang berterusan dari saya

You Might Also Like

0 comments

Followers

TRAVEL DESTINATION

GRUP MAMA BLOGGERS MALAYSIA (GMBM)

GRUP MAMA BLOGGERS MALAYSIA (GMBM)